Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza adakan konsert jelajah yang bakal gegar 4 negara

Penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin, kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza adakan konsert jelajah yang bakal gegar 4 negara

Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan konsert jelajah di empat negara mulai awal tahun depan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Dec 2018 10:14AM Dikemas Kini : 20 Dec 2018 10:19AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza Tarudin, kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti percaya dengan sokongan peminat setia, 'Sitizoners' serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah ini bakal menjadi sesuatu yang hebat,” jelas Siti dalam satu sidang media pada Selasa (18 Dis).

Menurut Siti lagi, ini merupakan konsert jelajah terbesar yang merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun.

Ia bermula di Indonesia (Jakarta) pada 21 Feb, Singapura pada 2 Mac dan kembali ke Malaysia, iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 16 Mac.

Siti Nurhaliza bersama Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim semasa sidang media bagi mengumumkan konsert jelalah. (Gambar: BERNAMA)

(Gambar-gambar: BERNAMA)

Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihak produksi dan pengurusan sedang berbincang bagi mengembalikan semula detik bersejarah di Royal Albert Hall, London berserta di beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.

KONSERT BERNILAI RM10 JUTA

“Kami merancang selama enam bulan untuk konsert jelajah yang keseluruhannya bernilai RM10 juta (S$3.28 juta). Ia adalah yang termahal bagi artis Malaysia dan buat Siti sendiri," katanya.

Selain mempersembahkan Siti Nurhaliza sebagai ‘Queen of Music’ dari Malaysia di persada antarabangsa, beliau berharap konsep konsert tersebut menjadi perintis bagi artis lain di Malaysia.

Artis lelaki popular dari Indonesia, Tulus, bakal bergabung pentas bersama Siti Nurhaliza di setiap lokasi konsert sebagai artis undangan.

Siti akan membawa peminat mengenalinya dengan lebih dekat melihat kejadian di belakang tabir melalui filem dokumentari sepanjang perjalanan konsert jelajah bertajuk "They Call Me Siti - Seorang Wanita, 2 Dekad, Beribu Perjalanan."

'MEET AND GREET'

Encik Shirazdeen berkata, filem dokumentari itu akan diarah oleh Anusha Peterson dan bakal menemui peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku tahun depan.

Menerusi filem ini, peminat akan menyaksikan bagaimana dalam kesibukan Siti menjaga Siti Aafiyah dan menjalani latihan menari, muzik, fitness sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung.

Seramai 10 peminat bertuah bakal dipilih daripada belian tiket ‘Meet and Greet’ untuk berada di belakang pentas bertemu Siti Nurhaliza sebelum konsert bermula.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan