Siti Nordiana teruja kongsi pentas dengan artis SG dalam Muzika Ekstravaganza
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Selepas tiga tahun "berehat", konsert Muzika Ekstravaganza yang menggabungkan kehebatan para artis Singapura dan Malaysia, kembali lagi tahun ini dengan tema 'Duo Hits'.
Selain lagu-lagu balada dan rap moden, edisi ke-14 konsert itu akan menampilkan lagu-lagu tradisional dari filem Melayu klasik seperti 'Sumpah Orang Minyak' dan 'Anak Buluh Betung'.
Barisan artis yang akan ditampilkan termasuk Ramli Sarip, Khatijah Ibrahim, Fariz Jabba, Yung Raja, Jatt Ali, Rahila Rashun, Francissca Peter, Hael Husaini, Akim Ahmad, Stacy Anam dan Siti Nordiana.
"Nana akan berduet dengan artis- artis dari Singapura iaitu Rahila dan juga Elfee. Jadi kita ada dua lagu yang akan disatukan. Jadi Nana sebenarnya rasa tak sabar untuk buat persembahan," kata Siti Nordiana.
"Ini lagu-lagu yang Nana tak pernah nyanyi lagi sepanjang kerjaya Nana jadi kali pertama Nana nyanyikan lagu "Tari Tualang Tiga" dan juga lagu "Hati ke Hati". Jadi siapa yang tak pernah dengar boleh menonton Muzika Ekstravaganza," tambah pelantun lagu Hatiku Milikmu itu.
Para artis dua negara itu kini sedang gigih membuat persiapan akhir menjelang konsert itu pada Sabtu (4 Feb).
Bagi artis tempatan, Rahila Rashun yang juga menjayakan Projek Kasih 2023 baru-baru ini, perlu terus berlatih sebaik mampu untuk memastikan beliau dapat memberikan persembahan terbaik buat para penonton.
"Persiapan saya macam biasa, belajar lagu untuk memberikan terbaik kepada penonton. Penonton boleh jangkakan ramai artis legenda dan baru. Selepas 3 tahun kita tidak adakan Muzika Ekstravaganza, ia kembali sekali lagi," kata penyanyi itu.
Para penonton juga akan ber-'Kelentang Kelentung' dengan penyanyi Hael Husaini.
"Hael diberikan peluang sekali lagi untuk berada di pentas ini dan berduet bersama dengan artist Singapura iaitu Elfee dan juga Syakirah. Untuk persembahan malam nanti insya-Allah kita akan nyanyi bersama-sama," ujar penyanyi itu.
Penyanyi rock legenda kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali sempat mengutus rasa syukur dunia hiburan sudah mula kembali seperti sediakala dan berkembang pesat.
"Sebenarnya abang rasa bersyukur selepas COVID 'lockdown' ini bebas dan persembahan konsert-konsert pun dah mula diketengahkan lagi serta rancangan-rancangan hiburan Malaysia dan Singapura dah mula bergabung semula, kata Jatt Ali.
"Artis Singapura dan Malaysia kita bergabung lagi selepas COVID-19 selama dua tahun setengah. Kali ini kita bersama lagi dalam Muzika Ekstravaganza," tambah beliau.
Konsert selama dua jam itu juga akan digamatkan lagi oleh pelakon dan pengacara Suzairhe Sumari dan Nabila Huda.
"Ini merupakan kali pertama mengacarakan acara ini begitu juga dengan Nabila Huda. Jadi kita lebih berkenalan untuk merancakkan lagi perbualan kerana saya tahu Nabila orangnya gila-gila, saya pun begitu juga. Jadi saya nak menyatu untuk sama-sama memeriahkan lagi Muzika Ekstravaganza 2023," ujar pengacara Suzairhe Sumari.
Konsert Muzika Ekstravaganza merupakan hasil gandingan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp.
Ia bertujuan untuk mengesahkan hubungan dua hala yang baik serta pertalian erat antara rangkaian media, penyiar serta rakan-rakan artis dari kedua-dua negara.
Konsert Muzika Ekstravaganza akan diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di Kuala Lumpur pada 4 Februari pada pukul 8.30 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua stesen iaitu Mediacorp Suria dan TV2 (RTM) serta secara online melalui meWATCH dan RTMKlik (RTM).

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.