Skip to main content

Hiburan

Siti Hasmah dedikasikan persembahan biola untuk Adib

Kemunculan istimewa yang jarang-jarang sekali ditampilkan oleh Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, memukau para penonton di Istana Budaya dalam “Konsert Duo Lagenda”. Malah, para hadirin beramai-ramai berdiri lalu memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan di akhir persembahannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Hasmah dedikasikan persembahan biola untuk Adib

Dr Siti Hasmah Mohamed Ali memukau para penonton di Istana Budaya dalam “Konsert Duo Lagenda”. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 09:12AM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 09:16AM

KUALA LUMPUR: Kemunculan istimewa yang jarang-jarang sekali ditampilkan oleh Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, memukau para penonton di Istana Budaya dalam “Konsert Duo Lagenda”. Malah, para hadirin beramai-ramai berdiri lalu memberikan tepukan gemuruh sebagai tanda penghormatan di akhir persembahannya.

Konsert itu menampilkan penyanyi legenda Jamal Abdillah dan M. Nasir. Isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamad pula tampil untuk menghiburkan para hadirin dengan bermain biola bagi mengiringi tiga lagu - Fatwa Pujangga, Engkau Laksana Bulan dan Gubahan Ku.

Apa yang lebih memilukan adalah apabila beliau menujukan persembahannya itu – dipercayai buat pertama kali dipersembahkan di konsert umum – buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia Isnin lalu (17 Dis) selepas mengalami kecederaan serius akibat diserang dalam kejadian rusuhan kuil.

Dr Siti Hasmah dalam ucapan ringkasnya sebelum memulakan persembahan berkata, majlis perkahwinan Muhammad Adib sepatutnya dijadualkan pada hari sama berlangsung konsert tersebut (23 Dis), namun ia tidak kesampaian apabila beliau terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Beliau turut meminta para hadirin untuk menghadiahkan bacaan Al-fatihah kepada arwah, yang terajui oleh Jamal Abdillah.

APA KATA MAHATHIR?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan khas untuk konsert empat hari yang berakhir semalam (23 Dis), menggambarkan “Konsert Duo Lagenda” itu sebagai “Concert of the Year”.

“Gabungan Jamal Abdillah dan M. Nasir - dua nama besar dan tersohor di dalam dunia hiburan negara - pasti menarik perhatian peminat-peminat muzik tanah air.

“Saya turut berasa ghairah apabila diberitahu bahawa kedua-dua nama besar ini akan menjayakan konsert tersebut. Saya turut merasa bangga diminta menjadi penaung dan saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk menulis kata-kata aluan sempena Konsert Duo ini,” katanya.

Dr Mahathir yakin konsert tersebut akan menjadi kenangan yang berkekalan kepada para peminat muzik tanah air yang berpeluang untuk menyaksikannya.

Perdana Menteri juga memberi penghargaan yang tinggi kepada Jamal Abdillah dan M. Nasir dengan menyatakan beliau percaya rakyat Malaysia secara umumnya akan dapat menghargai kedua-dua insan seni yang sudah berusaha gigih itu.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita