Skip to main content

Hiburan

Siri TV khas dengan Boba Fett temui peminat Star Wars pada Dis 2021

Boba Fett dan beberapa watak dari Star Wars akan melangkah keluar dari latar belakang dan mendapat siri televisyen mereka sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Siri TV khas dengan Boba Fett temui peminat Star Wars pada Dis 2021

Boba Fett (Gambar: Lucasfilm)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 12:38AM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 12:42AM

AMERIKA SYARIKAT: Boba Fett dan beberapa watak dari Star Wars akan melangkah keluar dari latar belakang dan mendapat siri televisyen mereka sendiri.

Jon Favreau, pencipta siri popular Disney, The Mandalorian, mengumumkan pada Isnin (21 Dis) bahawa The Book Of Boba Fett adalah satu siri televisyen yang berdiri sendiri dan ia bakal menampilkan pembunuh upahan Boba Fett yang sebelum ini terkenal dengan peranannya menangkap Han Solo dalam filem cereka sains itu.

Favreau memberitahu Good Morning America bahawa siri itu, yang mula ditampilkan secara tidak rasmi dalam episod terakhir The Mandalorian, akan ditampilkan melalui khidmat penstriman Disney+ pada Disember 2021.

"Ia sebenarnya (siri) tiada kaitan sama sekali dengan musim ketiga The Mandalorian," kata Favreau.

The Mandalorian, yang merupakan satu kejayaan besar bagi Disney +, dibintangi oleh Pedro Pascal sebagai pemburu yang diupah bagi satu misi sulit dan ia turut menampilkan Baby Yoda yang menjadi kegemaran ramai peminat. Ia juga merupakan siri TV 'live-action' pertama francais itu sejak filem Star Wars pertama kali ditayangkan melalui layar perak pada 1977.

Menurut Favreau, The Book Of Boba Fett adalah tambahan kepada beberapa rancangan TV dan filem baru berkaitan dengan Star Wars yang diumumkan Disney pada awal bulan ini.

Siri Boba Fett tidak didedahkan dalam pengumuman itu kerana "kami tidak mahu merosakkan kejutan".

Siri baru itu akan dibintangi oleh Temuera Morrison yang memegang watak utama dan Ming-Na Wen sebagai Fennec Shand, dengan kedua-duanya pernah muncul dalam The Mandalorian.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita