Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siri radio popular Misteri Jam 12 menjelma jadi drama TV pula

Siri radio popular Misteri Jam 12 akan mula ditayangkan sebagai siri televisyen enam episod di saluran Suria bermula malam ini (21 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Siri radio popular Misteri Jam 12 menjelma jadi drama TV pula

Petikan skrin adegan daripada siri Misteri Jam 12. (Ihsan: Mediacorp Suria dan Eaglevision)

SINGAPURA: Siri radio popular Misteri Jam 12 akan mula ditayangkan sebagai siri televisyen enam episod di saluran Suria bermula malam ini (21 Okt).

Ia diterbitkan sebagai sebahagian daripada kempen 'ScreamApura' anjuran Mediacorp bulan ini.

Diilhamkan daripada kisah-kisah seram kiriman para pendengar RIA 89.7FM, siri drama televisyen itu memaparkan kisah-kisah berbeza bagi setiap episod.

DARI AUDIO KE PAPARAN VISUAL

Jika sebelum ini para pendengar Misteri Jam 12 hanya boleh membayangkan adegan-adegan misteri itu menerusi audio, kini setiap elemen seram cuba dihidupkan menerusi paparan visual.

Penyampai radio RIA 89.7FM Saffwan Shah berkongsi harapan di sbeali siri televisyen itu: "Satunya bukan untuk menakut-nakutkan tapi untuk mengajar orang di sebalik kisah-kisah yang anda akan tonton seperti malam ini, kisahnya anda akan pelajari sesuatu.

"Setiap kisah enam episod ini, kita akan pelajari sesuatu, itu sudah pasti."

RASA SESUATU WAKTU PENGGAMBARAN

Salah seorang pelakon yang bakal membawa watak seram ialah Era Farida, yang berlakon sebagai 'saka' dalam episod kelima siri televisyen tersebut.

Namun beliau tidak menyangkal ada 'rasa sesuatu' sewaktu penggambaran.

"Kadang-kadang tak ada rasa apa-apa, kadang-kadang ada rasa sesuatu.

"Ada penampakan, kedengaran dan rasa...jadi kita sendiri nak kena kawal diri sendiri dan kena sentiasa peka dan tahu apa yang kita nak buat," kongsinya.

Era bagaimanapun lebih menumpukan kepada wataknya yang agak "payah" kerana amat mementingkan ekspresi muka dan gerakan tubuh.

"Cuma mungkin ada di sini kita ada sekatan-sekatan untuk bercerita lebih mendalam lagi mengenai perkara-perkara sebegini, ada batasan.

"Tapi apa yang kita lakonkan dalam MJ12 ini, saya rasa penulis skrip, pengarah dan semua yang terlibat dalam pembikinan MJ12 sudah bertungkus-lumus untuk menjadikan cerita ini kenyataan supaya orang menonton dengan penuh, mereka akan kata 'ya'! Cerita ini jadi!"

Siri Misteri Jam 12 itu juga boleh ditonton menerusi meWATCH. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan