Skip to main content

Hiburan

Siri kartun Tom & Jerry berlatar SG disiarkan setiap minggu mulai 21 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Siri kartun Tom & Jerry berlatar SG disiarkan setiap minggu mulai 21 Okt

Gambar: Cartoon Network

Diterbitkan : 10 Oct 2023 11:55PM Dikemas Kini : 10 Oct 2023 11:56PM
SINGAPURA: Siri Tom and Jerry yang berlatar belakangkan Singapura akhirnya mempunyai tarikh siaran yang telah ditetapkan. Pertama kali diumumkan pada Julai lalu, siri tersebut menampilkan gelagat pasangan ikonik kucing dan tikus itu menjelajah kota Singapura.

Pada Ogos, peminat kartun itu ditayangkan sedutan siri tersebut apabila Cartoon Network Asia memuat naik sebuah episod (yang memberi tumpuan kepada durian) di saluran YouTube syarikat itu.
Mulai 21 Oktober, anda boleh menyambut kemunculan watak ikonik itu yang akan disiarkan setiap Sabtu di saluran Cartoon Network dan YouTube.

Siri tersebut merangkumi tujuh episod, yang akan menampilkan pasangan Tom dan Jerry mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan yang biasanya dillakukan di sini termasuk memakan ice kachang dan mengunjungi Sentosa.
Ketua bahagian Kanak-kanak Warner Bros Discovery (Asia Tenggara), Christopher Ho, berkata: "Adalah penting bagi kami untuk mencipta cerita dan sekitaran yang menimbulkan rasa 'Singapura' yang sebenar - dan pada masa yang sama menghargai gaya animasi yang berbeza dan jenaka yang membuat Tim and Jerry begitu disayangi sepanjang beberapa generasi.

"Ikuti telatah Tom & Jerry yang menikmati hidangan durian dan ais kachang tempatan, serta penampilan Merli - watak yang diilhamkan dari Merlion - di lokasi ikonik seperti Kebun Bunga, Sentosa dan Marina Bay."

Peminat juga boleh menemui penampilan watak kartun itu di acara WB100 Celebrating Every Story secara percuma di Sentosa dari 10 hingga 26 November. Acara itu bakal menampilkan watak gergasi Tom dan Jerry di Pantai Siloso dan peluang bergambar secara 3D yang bertemakan episod Tom and Jerry.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita