Siri baru kartun Tom & Jerry akan disiarkan di SG Ogos nanti

(Gambar: Cartoon Network Asia/YouTube)
SINGAPURA: Pasangan kucing dan tikus yang boleh dikatakan sebagai yang paling terkenal, Tom & Jerry akan ke Singapura.
Pada Rabu (26 Jul) Warner Bros Discovery mengumumkan bahawa siri kartun Tom & Jerry tempatan pertamanya akan ditetapkan di Singapura.
Siri terbaru, yang akan dibuat di Asia, akan mengandungi tujuh cerita pendek sepanjang tiga minit. Siri ini akan mula siaran pada Ogos, butiran lanjut akan diumumkan nanti.
Siri ini akan ditayangkan di Cartoon Network di Asia Pasifik dan HBO Go di Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong, sebelum ditayangkan di peringkat antarabangsa.
Siri ini dianimasikan oleh Aum Animation Studios India, dengan cerita dan reka bentuk daripada Robot Playground Media and Chips dan Toon Studios yang berpangkalan di Singapura.
Ini bukan kali pertama Singapura menjadi latar belakang untuk mengambil alih francais kanak-kanak tercinta. Pada Disember 2021, Tsuburaya Productions bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Singapura dalam beberapa tawaran istimewa Ultraman di Singapura, yang menampilkan mercu tanda ikonik seperti Gardens By The Bay.

Malah Mickey Mouse dan gengnya juga telah ke Singapura, dalam satu siri cerita pendek di mana mereka meneroka makanan, seni bina, bahasa dan pakaian tradisional Singapura.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.