Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siri animasi Mediacorp Zombie Safari dipilih untuk festival filem animasi antarabangsa di Perancis

Anggaran Waktu Membaca:
Siri animasi Mediacorp Zombie Safari dipilih untuk festival filem animasi antarabangsa di Perancis

Siri drama Singapura Zombie Safari dipilih untuk Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy 2025 di Perancis. (Foto: Mediacorp)

Diterbitkan : 22 Apr 2025 03:20PM Dikemas Kini : 22 Apr 2025 03:22PM
SINGAPURA: Siri animasi dewasa Mediacorp Zombie Safari dipilih untuk bersaing dalam kategori Filem TV di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy 2025 di Perancis.

Dihasilkan oleh studio animasi tempatan Finding Pictures dan pencipta kandungan Ministry of Funny, Zombie Safari adalah antara 30 tajuk dari seluruh dunia yang dipilih untuk bersaing di festival tersebut. Hanya empat daripadanya adalah dari Asia.

Berlatarkan dunia di mana virus zombi merebak, Zombie Safari mengikuti sekumpulan haiwan zoo yang pelbagai yang perlu mengetepikan perbezaan dan naluri masing-masing untuk menghadapi kumpulan zombi yang tidak terhenti.

Festival ini adalah pertandingan tahunan filem animasi yang merangkumi pelbagai kategori seperti Filem Graduan, Filem Penonton Muda, Filem yang Ditugaskan.

Ditaja oleh Persatuan Filem Animasi Antarabangsa, festival ini akan berlangsung dari 8 hingga 14 Jun di bandar Annecy, Perancis.

Sepanjang festival, filem-filem yang bersaing akan ditayangkan di pawagam di seluruh bandar, manakala tayangan malam khas di kawasan terbuka di tengah bandar akan mempamerkan filem-filem yang klasik atau terkini mengikut tema festival bagi tahun tersebut. Semua pemenang anugerah akan diumumkan pada hari terakhir festival.

Pemenang lalu dalam kategori Filem TV festival ini termasuk Peppa Pig (2005), Shaun The Sheep (2007), The Amazing World Of Gumball (2011) dan Stick Man (2016).
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan