Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

SimplySiti mohon maaf atas dakwaan ciplak rekaan bungkusan produk tisu

Syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan selebriti Malaysia, Siti Nurhaliza, SimplySiti membuat permohonan maaf ekoran salah faham dan kekeliruan berhubung pembungkusan produk tisu pembersih yang sama dengan salah satu jenama tempatan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SimplySiti mohon maaf atas dakwaan ciplak rekaan bungkusan produk tisu
Diterbitkan : 25 Nov 2021 10:02AM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 10:03AM

KUALA LUMPUR: Syarikat produk kosmetik dan kecantikan yang diasaskan selebriti Malaysia, Siti Nurhaliza, SimplySiti membuat permohonan maaf ekoran salah faham dan kekeliruan berhubung pembungkusan produk tisu pembersih yang sama dengan salah satu jenama tempatan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media yang disiarkan pada Selasa (23 Nov), SimplySiti memandang serius terhadap dakwaan terbabit dan menjelaskan ia tidak berniat untuk meniru mana-mana produk atau rekaan pembungkusan tisu pembersih terbabit.

"SimplySiti Sdn Bhd mengambil sepenuh perhatian di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas syarikat Kayman Beauty di media sosial mengenai dakwaan terdapat persamaan pada rekaan pembungkusan produk tisu pembersih keluaran syarikat tersebut.

"Dimaklumkan bahawa pihak SimplySiti tidak berniat meniru mana-mana produk atau rekaan pembungkusan kerana tisu pembersih ini dikeluarkan menerusi pengilang peralatan asli atau OEM.

"SimplySiti dengan tulus ikhlas memohon maaf di atas segala salah faham atau kekeliruan yang berlaku.

"Kami amat menghormati syarikat-syarikat dan pengeluar produk lain serta mahu bersaing secara sihat di dalam perniagaan.

"Semoga dengan penjelasan ini, segala kekeliruan dan salah faham di antara pihak SimplySiti dan Kayman Beauty dapat diselesaikan dengan baik," tulis kenyataan itu, seperti dinukil Astro AWANI Gempak.

Awal dari itu, kecoh di media sosial apabila pembungkusan tisu pembersih dua jenama tempatan itu tular dan menjadi perdebatan antara peminat setia penyanyi nombor satu Malaysia itu dan ejen-ejen produk.

Tindakan tampil untuk memperjelaskan isu terbabit juga dipuji para netizen yang menyifatkan SimplySiti sangat profesional dalam menguruskan krisis dan patut menjadi contoh kepada jenama tempatan lain apabila timbul isu plagiarisme.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan