Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sibuk dengan GV tidak halang Aweera sertai misi bantuan banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Sibuk dengan GV tidak halang Aweera sertai misi bantuan banjir

(Gambar: @huddpique/Instagram)

SELANGOR: Walaupun sibuk dengan program realiti Gegar Vaganza, itu bukan penghalang buat penyanyi Aweera untuk turun menjayakan misi bantuan banjir.

“Alhamdulillah, walaupun saya agak sibuk dengan Gegar Vaganza, itu bukan penghalang untuk saya bersama-sama menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat kita yang terkesan.

“Saya dan pasukan Projek Jalinan Kasih dimaklumkan penduduk, yang mereka masih belum mendapat bantuan mencukupi.

“Mereka masih memerlukan barangan penting seperti dapur dan perkakas untuk memasak dan kami sedaya upaya akan cuba memenuhi keperluan mereka setakat mana yang termampu,” katanya kepada Astro Awani.

Aweera pada Isnin (3 Jan) mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil bersama kumpulan sukarelawan Projek Jalinan Kasih 6.0.

Menurut Aweera mereka berjaya mengutip lebih RM4,000 (S$1,293) hasil sumbangan peminat Aweera termasuk orang ramai, lapor Astro Awani.

Selain wang tunai, mereka turut menerima barangan keperluan seperti telekung, al-Quran dan lampin pakai buang.

“Hasil wang tunai yang kami terima digunakan untuk membeli bekalan makanan, barangan elektrik, banta, selimut dan lain-lain barang keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, Aweera turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi tersebut.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan penyumbang yang sudi membantu team Projek Jalinan Kasih 6.0 dalam menjayakan misi bantuan pasca banjir ini.

“Terima kasih kepada Puan Yaya dan Murni dari @myniq.resources kerana sudi taja kenderaan 4x4 untuk kami membawa semua barang-barang sumbangan.

"Terima kasih juga kepada pasukan #projekjalinankasih @aweerians_armyfc kerana sudi untuk bekerjasama dengan saya untuk Misi Bantuan Pasca Banjir Projek Jalinan Kasih X Aweera.

"Kepada yang menaja makanan dan minuman, terima kasih banyak-banyak dan semoga rezeki anda melimpah ruah,” katanya, seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Dalam perkembangan lain, Aweera bakal beraksi di minggu kelapan, pada Ahad ini (9 Jan).

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan