Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Siapa dia... Biarlah rahsia'

Biarpun pelbagai spekulasi tercetus sejak beliau membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, Mira Filzah, tetap tegas dengan pendirian untuk tidak berbicara mengenai perkara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
'Siapa dia... Biarlah rahsia'

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah. (Gambar: Facebook / Mira Filzah)

Diterbitkan : 05 Jan 2020 09:35PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 09:37PM

KUALA LUMPUR: Biarpun pelbagai spekulasi tercetus sejak beliau membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang, Mira Filzah, tetap tegas dengan pendirian untuk tidak berbicara mengenai perkara itu.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, beliau tidak perlu melatah, sebaliknya membiarkan sahaja orang luar membuat telahan mengenai identiti jejaka itu, lapor BH Online.

Menurut sumber, jejaka yang mencuri hatinya itu dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen, namun apabila ditanya, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu memilih untuk mengunci mulut, menurut BH Online lagi.

“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah... Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.

“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga,” katanya.

BH Online melaporkan, prinsip yang dipegangnya itu juga membuatkan Mira enggan terlalu terbuka bercerita mengenai perancangan masa depan.

“Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.

“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Remy Ishak yang memadam gambar, selain tidak lagi mengikutinya di laman sosial, Instagram, sebelum menukar fikiran, Mira berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

“Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baru sempena kedatangan 2020, jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya di media sosial.

“Mengenali Remy, dia sangat selektif, terutama dalam berkawan dan siapa yang mahu diikut di media sosial,” katanya yang menyifatkan, hubungan mereka selama ini berjalan atas dasar profesional.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan