Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siapa bakal ganti Will Smith sebagai Fresh Prince of Bel-Air?

Masihkah anda ingat wajah 'jambu' pelakon Hollywood, Will Smith dalam sitkom popular sekitar 1990-an, Fresh Prince of Bel-Air?

Anggaran Waktu Membaca:
Siapa bakal ganti Will Smith sebagai Fresh Prince of Bel-Air?

Will Smith mendadahkan pelakon yang akan menggantikannya dalam sitkom popular Fresh Prince of Bel-Air baru-baru ini. (Gambar: Screen Rant)

Diterbitkan : 03 Sep 2021 01:35PM Dikemas Kini : 03 Sep 2021 01:42PM

NEW YORK: Masihkah anda ingat wajah 'jambu' pelakon Hollywood, Will Smith dalam sitkom popular sekitar 1990-an, Fresh Prince of Bel-Air?

Ketika reboot (pembikinan semula) rancangan komedi itu dibincangkan, ramai yang tertanya siapa yang selayaknya membawa watak utama lakonan asal Smith itu.

Selasa lalu, pelakon itu menerusi satu panggilan video membuat kejutan kepada pelakon Jabari Banks apabila memaklumkan dia terpilih untuk membawa watak itu dalam sitkom berkenaan.

"Saya teruja dan gembira bertemu anda dan dari lubuk hati, saya ingin mengucapkan tahniah.

"Anda terpilih untuk melakonkan watak Will di Bel-Air," kata Smith ketika menyampaikan berita gembira itu kepada Banks.

"Saya bersedia..saya bersedia," balas pelakon muda itu yang mendedahkan bahawa ayahnya yang memintanya untuk menyertai uji bakat selepas membaca satu artikel yang disiarkan baru-baru ini.

Banks yang teruja dengan berita itu memberitahu, tawaran tersebut disifatkannya saling tidak ubah seperti impian menjadi kenyataan.

Sumber : Agensi berita/AW/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan