Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib yakin Siti Sarah kuat, dapat terus berjuang

“Saya mohon sangat sedekahkan doa untuk dia”.

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib yakin Siti Sarah kuat, dapat terus berjuang

Shuib memohon orang ramai mendoakan isterinya, Siti Sarah yang berada di ICU. (Gambar: Shuib Sepahtu/Instagram)

Diterbitkan : 07 Aug 2021 05:30PM Dikemas Kini : 07 Aug 2021 05:36PM

KUALA LUMPUR: “Saya mohon sangat sedekahkan doa untuk dia”.

Demikian permintaan Shuib agar orang ramai terus mendoakan isteri tercintanya, Siti Sarah yang masih belum sedarkan diri.

Semalam (6 Ogos) pada kira-kira jam 5.00 petang, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki mereka, namun menurut catatan yang dikongsikan suaminya menerusi Instagram, beliau masih belum sedarkan diri.

“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

“Pukul 11.00 malam oksigen drop sampai 40 tapi pukul 2.00 pagi Alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor update oksigen Sarah 80.

“Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” kongsi Shuib dalam catatan di Insta Story hari ini (7 Ogos).

Tambah Shuib lagi, beliau yakin isterinya kuat mengharungi dugaan tersebut dan akan kembali bersama mereka kelak, lapor Astro Awani.

”I tau you dengar setiap kata hati I, you kuat sayang, I dan anak-anak akan tunggu you balik,” kongsi beliau di Insta Story.

Malah kata Shuib menerusi majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah malam tadi, beliau yakin isteri yang banyak mengubah hidupnya itu cukup kuat untuk terus berjuang.

“Insya Allah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni, anak-anak semua mendoakan dia.

“Harap Allah angkat doa kita semua, Insya Allah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan COVID-19 ini,” katanya.

Malah lapor Astro Awani, Shuib berkata sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak memberi pengalaman yang diharungi dalam hidupnya yang mengubah dirinya kini.

“10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya dan mendoakan. Kejayaan saya juga kerana doa dia.

“Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya.

“Insya Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia, ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini, untuk segala doa.

“Saya reda dengan ujian Allah ini, saya yakin setiap ujian ada kebaikan. Ampunkan isteri saya, doakan dia..saya mohon sangat sedekahkan doa untuk dia, apa sahaja keadaan lepas ini saya reda,” katanya. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan