Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib titip pesanan genap setahun selepas pemergian Siti Sarah

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib titip pesanan genap setahun selepas pemergian Siti Sarah

Anak pasangan selebriti Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah, Ayyash Affan, sudah menjangkau usia satu tahun. (Gambar: Shuib Sepahtu/Instagram)

Diterbitkan : 10 Aug 2022 09:16PM Dikemas Kini : 10 Aug 2022 09:16PM
KUALA LUMPUR: Pejam celik, anak keempat kepada pasangan selebriti Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah sudah menjangkau usia satu tahun.

Ayash Affan dilahirkan pada 6 Ogos 2021 secara pembedahan, tiga hari sebelum pemergian ibunya.

Dalam sebuah perkongsian di akaun media Instagram Shuib, Ayash Affan dilihat dikelilingi bapanya, adik-beradik dan sanak saudara serta kenalan rapat keluarga ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.

Perkongsian Shuib itu dibanjiri titipan doa buat Ayash Affan, bukan sahaja daripada para rakan selebriti, bahkan juga ramai warga netizen.

Mengenang setahun pemergian isteri tersayang, Shuib turut memuat naik satu video istimewa yang disifatkan sebagai sentiasa membuatnya mendakap rasa sayu.

Video tersebut dikatakan dirakam ketika Shuib menjemput Allahyarhamah Siti Sarah untuk ke restoran kegemaran isterinya itu kerana beliau mengidam makan di sana. Ketika itu, Allahyarhamah Siti Sarah sedang hamil lima bulan bersama Ayash Affan dalam kandungannya.

"Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mugkin itu adalah permintaan yang terakhir," pesan Shuib kepada sang suami dalam kalangan pengikut akaun Instagramnya.

Shuib turut meluahkan rasa terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan untuk Allahyarhamah Siti Sarah.

Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan, dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.
Sumber : Agensi berita/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa