Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib terkilan tidak sempat minta maaf pada Siti Sarah

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib terkilan tidak sempat minta maaf pada Siti Sarah

Shuib memohon orang ramai mendoakan isterinya, Siti Sarah yang berada di ICU. (Gambar: Shuib Sepahtu/Instagram)

KUALA LUMPUR: Andai ada satu perkara yang terbuku di hati Shuib sehingga kini adalah rasa terkilan tidak dapat memohon maaf pada arwah isteri kesayangannya, Siti Sarah Raissuddin.

Kata Shuib, beliau berasa terkilan kerana termarah isterinya di dalam hati hanya kerana arwah meminta dan teringin untuk menikmati nasi putih bersama telur goreng dan kicap pada jam 2.30 pagi, seperti dinukil Astro Gempak.

“Beliau kejut saya pada jam dua lebih, saya esok ada kerja, beliau sedang sarat. Beliau berkata B I nak makan nasi putih telur mata dengan kicap.

“Saya marah. Tidur… tengah-tengah tidur saya bangun dalam keadaan marah, saya cakap aduh 2.30 pagi bu.

“Saya ingat lagi saat itu, saya masak telur itu. Saya naik ke atas, masih lagi marah. Saya berikan kepada beliau, beliau seronok sangat dengan nasi itu.

“Walaupun nasi dengan kicap dengan telur. Saya nampak beliau sedang duduk makan dan saya tidur tidak temannya makan,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.

Shuib mendedahkan kisah itu menerusi program RIA X In Person, lapor Astro Gempak.

Disebabkan itu, Shuib berpesan untuk berbuat baik terutamanya pada ahli keluarga dan orang tersayang kerana tidak tahu bila saat bersama mereka akan berakhir dalam sekelip mata.

“Itu yang saya rasa. Allahuakhbar… saya cakap. Banyak-banyak benda, itulah satu saya nak cakap, saya nak minta maaf sangat dengan dia, kata Shuib seperti dinukil Astro Gempak.

“Jadi kita harus hargai lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Kita tidak tahu bila saat Allah akan ambil orang itu,” ujarnya sebak.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan