Skip to main content

Hiburan

Shuib Sepahtu bersedia anak gadis & bujang meningkat remaja

Anggaran Waktu Membaca:
 Shuib Sepahtu bersedia anak gadis & bujang meningkat remaja

Gambar: Instagram/@shuibsepahtu

Diterbitkan : 01 Jan 2023 09:53PM
KUALA LUMPUR: Kehidupan pelawak dan juga penyampai radio Suria FM, Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi sejak digelar ‘duda terhangat’.

Beliau yang masih ‘solo’ dilihat kerap meluangkan masa bersama anak-anak yang semakin meningkat remaja sejak kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin pada Ogos 2021.

Memetik laporan dari Astro Gempak, Shuib memaklumkan yang beliau sudah bersedia andai anak-anaknya meningkat dewasa terutamanya anak perempuannya, Dzahirah Talita Zahr, 10 tahun yang akan datang haid bila tiba masanya.

Tambahnya lagi, allahyarham isteri sememangnya menitik beratkan perkara itu sejak anaknya masih kecil lagi dengan mendedahkan perihal hal tersebut termasuklah batas pergaulan.

“Untung sebenarnya…sebab sebelum ini Sarah selalu kongsi dengannya. Dia pernah cakap dekat Talita ‘bila awak period nanti, beritahu ibu’ tak pun benda yang boleh dan tak boleh.

“Tentang pergaulan perempuan dan lelaki...apa yang boleh dah tak boleh. Sarah dah kongsi benda ini dari dia kecil. Bila dah besar ini dia faham benda yang dia dengar masa kecil.

“Saya seronok tengok anak perempuan membesar dengan baik, cara bercakap pun nampak dewasa.
Kadang-kadang saya ada cakap dekat dia, ‘Ta kalau you period, cakap tau’” katanya.

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Mohamad, turut berkongsi perihal anak sulungnya, Uwais Alqarni yang semakin aktif dalam sukan golf, seperti dinukil daripada Astro Gempak.

“Sama juga dengan Wais… saya selalu tanya dia ‘you dah mimpi ke belum?’. Sebab dalam golf ada benda, bila dia masa kecil dan dewasa berbeza

“Jadi, saya nak tunggu dia dewasa… sebab waktu itu, cara pemikirannya lain. Sekarang ini pun otak dia macam dah dewasa. Tapi saya nak betul-betul pastikan dia dewasa,” ujarnya.

Sekadar info, Shuib Sepahtu telah bernikah dengan allahyarham Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Uwais Alqarni, 12 tahun, Dzahira Talita Zahra, 10 tahun, Ariq Matin, 8 tahun dan Ayash Affan yang berusia setahun.

Walau bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah yang juga seorang penyanyi popular menghembuskan nafasnya yang terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat pandemik pada 9 Ogos 2021.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita