Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib reda atas pemergian isteri, belum khabarkan berita kepada 3 anaknya

Artis dan usahawan Malaysia, Shuib reda dan berlapang dada menerima ketentuan bahawa sudah sampai masanya isteri tercinta, Siti Sarah kembali ke pangkuan Allah.

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib reda atas pemergian isteri, belum khabarkan berita kepada 3 anaknya

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Aug 2021 04:13PM Dikemas Kini : 09 Aug 2021 04:14PM

GOMBAK: Artis dan usahawan Malaysia, Shuib reda dan berlapang dada menerima ketentuan bahawa sudah sampai masanya isteri tercinta, Siti Sarah kembali ke pangkuan Allah.

Namun, di sebalik itu, Shuib masih belum mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita sedih itu dengan tiga orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Menurut Shuib, beliau hanya akan berbuat demikian sekembalinya ke rumah sebaik selesai urusan pengebumian Siti Sarah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu.

“Buat masa ini anak-anak saya belum tahu, isteri saya baru dikebumikan dan saya baru nak beritahu anak-anak,” kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad kepada Astro AWANI ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu pada Isnin (9 Ogos).

Allahyarhamha Siti Sarah yang pernah masyhur dengan lagu Kesetiaan menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun pada pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HTCM) hari ini.

Allahyarhamha meninggalkan suaminya, Shuib dan empat lagi anaknya termasuk bayi lelakinya Ayyash Affan yang baru dilahirkan pada Jumaat lalu (6 Ogos).

Bayi yang baru dilahirkan Allahyarhamha diberi nama Ayash Affan dan kini masih ditempatkan di HTCM.

Dalam perkembangan sama, Shuib merakamkan terima kasih kepada semua kenalan serta seluruh anggota masyarakat yang tidak putus-putus mendoakan arwah isterinya yang bertarung nyawa sejak beberapa hari lalu.

"Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang berlaku kejadian ini. Saya ucapkan terima kasih atas usaha solat hajat atas arwah isteri saya.

"Hanya Allah sahaja dapat membalas budi itu, saya balik nanti saya doakan kalian semua diberkati, dilindungi dan dirahmati. Maafkan isteri saya, sedekahkan dia Al-Fatihah banyak-banyak," pinta Shuib, 37, lagi.

Dalam masa sama, Shuib juga menitipkan doa kepada mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 dan sedang bertarung nyawa agar dipermudahkan oleh Allah untuk melalui ujian itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan