Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shuib luah perasaan rindu sempena ulang tahun perkahwinan dengan arwah Siti Sarah

Anggaran Waktu Membaca:
Shuib luah perasaan rindu sempena ulang tahun perkahwinan dengan arwah Siti Sarah

Gambar: Agensi berita/Majalah Pa & Ma

Diterbitkan : 02 Mar 2022 01:06PM Dikemas Kini : 02 Mar 2022 01:11PM

KUALA LUMPUR: Enam bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada portal Pa & Ma.

Secara luarannya, mungkin ramai lihat Shuib seolah tenang tetapi dalam hati tiada siapa tahu.

Genap 11 tahun usia perkahwinan pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) milik beliau.

Dengan kapsyen yang menyentuh hati, Shuib, 37 tahun, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung, seperti dinukil Astro AWANI.

Lagu nyanyian arwah, "Tinggalkan Diriku" menjadi muzik latar untuk perkongsian di Instagram tersebut.

Bukan hanya Shuib saja yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama.

Antara rakan-rakan arwah dan Shuib yang menitipkan doa dan ucapan itu adalah Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Rebecca Nur Al Islam dan ramai lagi.

Peminat serta warganet turut menghulurkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

BAWA ANAK ZIARAH KUBUR ARWAH

Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu (26 Feb), lapor Astro AWANI.

Dalam perkongsian tersebut, Shuib dan anak-anak membersihkan kubur arwah dan menggantikan bunga serta meletakkan sedikit batu.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus COVID-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa