Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shila dendang lagu Mandarin terbaru buat suami di majlis resepsi

Penyanyi Shila Amzah dan pasangannya Haris Idraki Elias mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Shila dendang lagu Mandarin terbaru buat suami di majlis resepsi

Gambar: Shila Amzah/Facebook

Diterbitkan : 23 Apr 2018 09:47AM Dikemas Kini : 23 Apr 2018 09:50AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah dan pasangannya Haris Idraki Elias mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi (22 Apr).

Bertemakan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’, majlis resepsi tersebut dihadiri kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai, menurut laporan Astro AWANI.

Bak puteri raja, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah mengenakan gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya manakala puteranya Haris segak dengan sut hitam yang sedondon.

Astro AWANI melaporkan bahawa majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Mandarin terbaru Shila, ‘If We Are Getting Old’ buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.

Bukan itu sahaja, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kejutan oleh kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu Bila Rindu buat Shila dan pasangannya.

Turut hadir di majlis itu adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Rakan-rakan artis yang hadir termasuk pengacara Fara Fauzana, Jihan Muse dan pelakon, Zarazya, demikian dilaporkan Astro AWANI.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan