Shila Amzah bakal adakan konsert di Panggung Capitol pada 3 Jun

(Gambar: IMC Live Global)
SINGAPURA: Penyanyi Malaysia yang terkenal dengan bakat berbilang bahasa, Shila Amzah, bakal mengadakan konsert di Singapura Jun ini.
Penyanyi berusia 33 tahun itu boleh bernyanyi lagu bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin dan pernah mengeluarkan album yang mempamerkan lagu dalam ketiga-tiga bahasa itu.
Shila menjadi terkenal setelah menjadi johan Asian Wave pada 2012 dan turut memenangi Musim 2 The Masked Singer Malaysia tahun lalu.
Lagunya, Patah Seribu, menerima anugerah Lagu Pop Terbaik Tahun Ini dan Lagu Terbaik Tahun Ini di Anugerah Muzik Malaysia ke-19.
Konsert Shila di Singapura akan diadakan pada pukul 8.00 malam 3 Jun di Panggung Capitol dan adalah sebahagian konsert jelajah Journey To The Future, iaitu konsertnya yang pertama sejak bergelar ibu pada 2019.
Tiket berharga S$88 bagi Kategori 3, S$108 bagi Kategori 2, S$138 bagi Kategori 1 dan S$168 bagi VIP yang termasuk kad gambar dan peluang bergambar sekumpulan dengan Shila.
Tiket akan mula dijual menerusi All Access Asia pada Ahad (5 Mac) dari pukul 11.00 pagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.