Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sheila Majid sambut menantu sulung

Anggaran Waktu Membaca:
Sheila Majid sambut menantu sulung

Gambar: Instagram/missmajid

Diterbitkan : 13 Feb 2022 07:15PM Dikemas Kini : 13 Feb 2022 07:16PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia, Sheila Majid berkongsi kebahagiaan menerima menantu sulung, hari ini (13 Feb).

Menerusi kemas kini di Instagram, Sheila memuat naik beberapa keping gambar dan video majlis pernikahan anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz dengan Nik Nuralia Nik Fauzi, yang berlangsung di Kuala Lumpur pagi tadi (13 Feb), lapor Astro AWANI.

Megat, menghadiahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas Nik Nuralia dengan sembilan.

Pasangan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Disember 2020.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan beberapa kali, malah pasangan itu juga diduga apabila disahkan positif COVID-19 baru-baru ini, seperti dinukil Astro AWANI.

Majlis pernikahan berlangsung sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

Megat merupakan anak kedua Sheila daripada perkahwinan pertamanya dengan penerbit, Roslan Aziz, lapor Astro AWANI.

Perkahwinan kedua Sheila bersama pengarah dan penggubah muzik, Hashridz Murshim Hassim (atau lebih popular dengan panggilan Acis), mereka dikurniakan dua cahaya mata, Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan