Shazza kian dapat perhatian selepas duetnya dengan Crash Adams tular di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penyanyi dan penulis lirik tanah air Shazza fikir beliau dipulaukan atau 'cancelled' tatkala menerima banyak pemberitahuan di telefon bimbitnya.
Gadis berusia 23 tahun, yang nama sebenarnya ialah Shareefa Aminah, menyedari bahawa beliau tidak henti-henti menerima mesej daripada rakan-rakan serta melalui halaman media sosialnya.
"Saya agak risau sejenak kerana kadang-kadang, media sosial bukan ruang yang paling baik dan saya tidak pasti apa untuk dijangka tetapi saya sangat gembira melihat bahawa itu semua perkara positif mengenai video itu," kata penyanyi tersebut.
Ini selepas tular video yang dimuat naik pasangan penyanyi dari Kanada Crash Adams, yang menampilkan Shazza mendedangkan versinya tersendiri bagi lagu single terbaharu mereka 'Good Side'. Sejak ia dimuat naik pada 6 Feb, ia telah menarik lebih 17 juta tontonan di TikTok dan 6.8 juta tontonan di YouTube.

Disebabkan itu, jumlah pengikut Shazza di Intagram melonjak dari sekitar 2,000 kepada lebih 90,000 dalam masa seminggu sahaja.
Crash Adams membuat persembahan di Singapura ketika acara sambutan Tahun Baharu 'Let's Celebrate 2024' anjuran Mediacorp di The Promontory di Marina Bay pada 31 Dis tahun lalu. Semasa Shazza menyanyi di acara yang sama, beliau tidak dapat berbual-bual dengan mereka kerana terlalu sibuk di belakang pentas.

Selepas persembahan itu, pasangan tersebut mula membuat kandungan di Singapura lalu menghubungi Shazza.
BAGAIMANA PERJALANAN SENINYA BERMULA
Shazza, yang berketurunan India Muslim, membesar dalam persekitaran muzik. Ibunya menggemari lagu Norah Jones, manakala bapanya sering mendengar lagu bergenre Bollywood secara berulang. Disebabkan oleh adiknya, beliau juga terdedah kepada rentak bertenaga Black Eyed Peas.
Apa yang diingatinya adalah saat beliau mula menulis lagu pada usia 11 tahun.
UKIR NAMA DI PERSADA MUZIK LUAR NEGARA
Dari merakam dirinya menerusi kamera komputer ribanya hingga ke menerbitkannya secara profesional, Shazza telah melancarkan singlenya yang berjudul 'Pity Party' pada 2022. Selain memuat naik lagunya ke wadah Spotify, beliau juga melancarkan sebuah muzik video.
Penyanyi itu, yang menamatkan pengajiannya di Politeknik Ngee Ann dengan diploma dalam Media Massa, percaya bahawa mempromosikan diri dan muziknya adalah penting untuk menjadi seorang pemuzik di Singapura.
Memanfaatkan latar belakangnya dalam jurusan Media Massa, Shazza kemudian melakarkan strategi pemasaran.
Beliau mengirimkan kenyataan media kepada media tempatan seperti stesen radio dan saluran berita, serta pakej PR kepada rakan-rakan dan pempengaruh yang boleh membantu mempromosikan lagunya.
Selain itu, beliau memohon geran Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk membantu membiayai sebilangan usahanya, serta persembahannya yang ditampilkan bila-bila masa termampu.
Penyanyi tersebut juga menerima sokongan daripada syarikat labelnya Cross Ratio Entertainment, penerbit Dominic Yuan dan Genesis Keefer, serta salah satu daripada khidmat penstriman muzik terbesar, Spotify.
Shazza menjelaskan bahawa setiap kali Spotify menyukai lagu yang dilancarkannya, wajahnya akan diletakkan di muka buku senarai lagu itu. Ia bermula dengan senarai lagu 'Fresh Finds SG & MY' dan 'Women On Singapore' sebelum beliau menjadi duta kempen Spotify's Equal - sebuah program global yang memacu kesamarataan bagi kaum wanita dalam muzik.
Ia sekali gus membawa tuah kepadanya apabila wajahnya menghiasi papan raksasa Times Square yang ikonik di Bandar New York pada Ogos tahun lalu.
MELANGKAH KE HADAPAN
Dengan lagu baharu dijangka dilancarkan tidak lama lagi, Shazza menaruh harapan ia akan mengajak para pendengar untuk menikmati karya-karya sebelumnya.
Apabila ditanya mengenai matlamat lainnya, penyanyi tanah air itu berkongsi bahawa "impian utamanya" adalah untuk menulis lagu Hari Kebangsaan Singapura suatu hari nanti.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.