Sharifah Amani sokong La Luna sebagai penyertaan SG untuk Anugerah Oscar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/sharifah_amani)
MALAYSIA: Pelakon Malaysia Sharifah Amani mengulangi sokongannya terhadap La Luna yang dipilih sebagai penyertaan rasmi Singapura bagi kategori filem cereka terbaik di Anugerah Akademi ke-97.
Bercakap semasa sesi rakaman program seni dan budaya BBC Arts Hour On Tour di Malaysia, Sharifah membandingkan La Luna dengan Abang Adik iaitu sebuah filem dalam bahasa Mandarin, yang dipilih Malaysia sebagai penyertaan rasmi ke Oscar.

"Ia sangat membanggakan untuk melihat Malaysia menghantar filem yang majoritinya berbahasa Mandarin untuk mewakili negara.
"Sedangkan Singapura memilih filem berbahasa Melayu untuk mewakili mereka. Jadi, ia bagus."
Sebelum ini, Sharifah berkata ia adalah "seperti mimpi" untuk melihat La Luna dipilih sebagai penyertaan Oscar Singapura.
"Melakonkan watak Hani Abdullah dalam La Luna adalah pengalaman yang sangat peribadi bagi saya, dan sekarang, melihatnya diiktiraf oleh Singapura sebagai pilihan rasmi mereka di Oscar adalah seperti mimpi," tulisnya.
"Saya berterima kasih kepada pasukan La Luna yang luar biasa, kepada Singapura kerana menerima cerita ini dan kepada setiap penonton yang meneroka sedikit sebanyak tentang diri mereka dalam filem ini. Pengiktirafan ini adalah untuk kita semua yang percaya kepada kuasa bercerita untuk menyatupadukan masyarakat."
Academy Of Motion Picture Arts and Sciences akan mengumumkan senarai calon untuk filem antarabangsa terbaik pada 17 Disember, dan pencalonan rasmi Oscar akan diumumkan pada 17 Januari.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.