Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shakira pecat pekerja gara-gara ayam

Anggaran Waktu Membaca:
Shakira pecat pekerja gara-gara ayam

Gambar: Marca

Diterbitkan : 20 Sep 2022 05:53PM Dikemas Kini : 20 Sep 2022 05:53PM
SEPANYOL: Nama penyanyi Shakira hangat saat ini disebabkan oleh kes penipuan cukai berjumlah sekitar S$20 juta.

Selain kes tersebut menjadi fokus, banyak sisi buruk lain penyanyi yang dijangka akan naik mahkamah untuk menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan kedua-dua anaknya bersama Gerard Pique boleh tersebar kepada umum.

Salah satunya adalah kisah bintang berusia 45 tahun itu memecat pekerjanya semata-mata kerana enggan memanaskan masakan ayam seperti yang diminta.

Menerusi laporan Marca, hal itu terbongkar menerusi sebuah dokumentari yang disiarkan oleh saluran La Sexta dengan judul Equipo de Investigacion.

Dokumentari tersebut menampilkan bekas pekerja Shakira yang mendedahkan bahawa dia dipecat penyanyi itu kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.

Bekas pekerja itu adalah pasangan suami isteri, Divier dan Maritza, yang merupakan tukang masak di rumah penyanyi itu.

“Satu hari Divier menggantikan isterinya, Maritza yang sudah memasak sepanjang minggu untuk 17 orang yang tinggal di kediaman Shakira.

“Pada tengah malam, Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam untuknya. Namun lelaki itu mengaku terlalu letih kerana memasak sepanjang hari untuk 17 orang dan dia tidak larat untuk bangun dan memanaskan ayam yang diminta.

“Maka Shakira kata jika tidak memanaskan ayamnya, dia akan dipecat. Dan dia dipecat hanya kerana enggan memanaskan ayam pada tengah malam,” lapor portal tersebut menerusi temu bual bersama wartawan dari Miami, Javier Ceriani.

Pasangan tersebut juga mendakwa, mereka tidak hanya ditugaskan untuk memasak tetapi juga melakukan kerja-kerja rumah seperti membersihkan dan mengemas rumah.
 
Sumber : Agensi berita/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa