Shaheizy Sam gembira bekerjasama dengan pelakon baru siri Take CTRL
(Gambar: @shaheizy_sam/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Shaheizy Sam gembira bekerjasama dengan barisan pelakon baru dalam siri Take CTRL.
Menurut Sam, dia akui bahawa pelakon-pelakon baru dalam siri berkenaan seperti Hana Nadira dan yang lain kelihatan selesa dan tidak 'kayu' berlakon.
"Kebanyakan pelakon dalam Take CTRL seperti Hana pertama kali buat siri TV, tapi mereka ada pengalaman masing-masing seperti pementasan teater dan sebagainya sebelum ini.
"Walaupun ini kali pertama mereka berlakon siri TV, mereka kelihatan sangat selesa dan tak janggal.
"Kita pun faham kadang-kadang orang pertama kali berlakon boleh jadi keras kayu, tapi mereka bukan begitu," katanya kepada Gempak.
Tambah Sam lagi, dia juga terkejut apabila mendapat tahu tentang perkara tersebut kerana ketika pertama kali berlakon dahulu, dia juga agak 'kayu'.
"Apabila saya dapat tahu Take CTRL adalah siri TV pertama mereka, saya terkejut sebab pertama kali mereka seperti itu, zaman saya pertama kali berlakon dulu pun kayu juga," selorohnya.
Selain Shaheizy Sam dan Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.