Shah Rukh Khan, Rani Mukerji bakal bergandingan dalam filem terbaharu selepas 19 tahun

Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji. (Gambar fail: Sujit JAISWAL / AFP)
MUMBAI: Hampir dua dekad tidak digandingkan bersama dalam mana-mana filem, akhirnya Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji bakal bergandingan menerusi filem baharu berjudul King.
Namun, gandingan mereka bukanlah sebagai pasangan hero dan heroin sebaliknya Rani hanya akan membuat kemunculan istimewa dalam filem tersebut, lapor KOSMO!.
Selain Rani, King turut dibintangi anak Shah Rukh Khan sendiri, Suhana Khan dan Deepika Padukone.
Kali terakhir Shah Rukh Khan dan Rani digandingkan dalam filem adalah menerusi filem Kabhi Alvida Na Kehna yang ditayangkan pada 2006, menurut laporan KOSMO!
‘Pertemuan semula’ pasangan itu sudah menjadi bualan ramai terutamanya peminat-tegar mereka. Masing-masing merindui gandingan serasi yang telah bermula sejak filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.