Shah Rukh Khan diancam dengan bantahan jika hadiri Hoki Piala Dunia
Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mungkin berdepan bantahan apabila menghadiri perasmian Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, Odisha, Rabu ini.
NEW DELHI: Pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mungkin berdepan bantahan apabila menghadiri perasmian Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, Odisha, Rabu ini.
Pelakon tersebut dijangka ke upacara berkenaan selepas diundang oleh Ketua Menteri Odisha Naveen Patnaik.
DIDAKWA GURISKAN SENTIMEN RAKYAT
Namun, sebuah kumpulan tempatan membantah kehadiran Khan susulan watak yang dipegangnya dalam filem Ashoka pada 2001.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Kalinga Sena” (tentera Kalinga) yang diambil daripada nama kuno Odisha, mendakwa bintang Bollywood tersebut mengguris sentimen rakyat menerusi filem itu yang memaparkan kisah Maharaja Ashoka dan usaha berdarahnya dalam menakluk Kalinga.
“Kami bersedia untuk membaling dakwat ke muka pelakon itu serta mengibarkan bendera hitam di tempat-tempat tertentu dari lapangan terbang ke stadium. Aktivis kami akan berada di sepanjang jalan yang mungkin dilalui Khan,” kata Kalinga Sena.
Kejohanan hoki tersebut akan berlangsung dari 28 Nov hingga 16 Dis.
Kejohanan itu disertai Malaysia, Argentina, Australia, Belgium, Kanada, China, England, Perancis, Jerman, India, Ireland, Belanda, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan dan Sepanyol.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.