Shah Rukh Khan buat kemunculan di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan hari ini (22 Nov) berada di Malaysia bagi meraikan majlis pelancaran syarikat peneraju pelaburan global Bin Zayed International, di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.
Kunjungan pelakon berusia 59 tahun itu menambah kemeriahan acara yang diadakan sempena kehadiran syarikat antarabangsa itu di Malaysia, lapor BH Online.
"Adalah satu keistimewaan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada perayaan Bin Zayed International Malaysia, satu perjalanan baharu untuk syarikat ini.
"Sejak penubuhannya, mereka telah bergerak, berkembang secara serantau dan global dengan pantas. Di mana sahaja mereka berada, kemakmuran mengikuti," katanya berucap merasmikan pembukaan pejabat itu.
BIN ZAYED INTERNATIONAL KOMITED BAWA MASUK AS$2 BILION KE MALAYSIA
Pelancaran pejabat terbaharu Bin Zayed International di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur menandakan penglibatan sulungnya di Asia Tenggara.
Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Syarikat Bin Zayed International, Sheikh Khaled Zayed Saquer Zayed Al Nahyan, berkata dengan kehadiran syarikat itu di Malaysia, ia menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam perjalanan mereka daripada sebuah syarikat tempatan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) kepada kumpulan yang berkembang di peringkat global.
Dalam nukilan BH Online, Sheikh Khaled berkata, sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan strategik itu, Bin Zayed International komited untuk membawa masuk AS$2 bilion (S$2.7 bilion) ke Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang bagi mempercepatkan lagi aspirasi ekonomi negara.
"Kami memilih negara ini kerana ia merupakan perintis dan pencipta struktur kewangan Islam.
"Keseluruhan struktur kewangan Islam bermula di Malaysia, menjadikan negara yang ideal untuk memulakan perjalanan kami di sini. Semua ini berlaku kerana sokongan kerajaan terhadap industri ini, yang merupakan elemen penting bagi pertumbuhan," katanya, seperti dipetik BH Online.
BERI INSPIRASI KEPADA SHAH RUKH KHAN
Sehubungan itu, Shah Rukh Khan berkata, komitmen Bin Zayed International untuk memajukan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah memberi inspirasi kepadanya.
"Saya yakin Malaysia dan Asia Tenggara kini akan mendapat manfaat yang besar daripada kehadiran Bin Zayed International di sini.
"Usaha baharu ini adalah bukti janji kerjasama dan inovasi dan pengembangan ini mencerminkan dedikasi Bin Zayed International dalam berkongsi idea melangkaui sempadan serta mencipta peluang baru yang memperkasa seluruh masyarakat," katanya.
Beliau turut berkata, di tengah-tengah cabaran dunia hari ini, acara berkenaan juga menonjolkan satu fakta penting iaitu kemajuan hanya berkuasa apabila ia dikongsi.
"Dalam semangat ini, saya percaya Bin Zayed International akan mencetuskan kemajuan sebegini di rantau ini dan seterusnya.
"Tahniah kepada semua di Bin Zayed International kerana mencapai kejayaan luar biasa ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan berharap kejayaan berterusan kepada anda dalam memberi impak yang bermakna di seluruh dunia.
"Komitmen mereka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah sememangnya patut dipuji," katanya.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.