Shah Alam pilihan Anuar Zain anjur konsert solo
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Anuar Zain Network)
PETALING JAYA: Tiada apa yang lebih manis buat Anuar Zain selain daripada berpeluang mengadakan konsert solo bagi meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya nyanyiannya di bandar raya yang menjadi saksi pendakiannya sebagai anak seni.
Sebagai antara penghibur lelaki yang dihormati kawan dan lawan, Anuar memilih untuk berkongsi kemanisan selama empat dekad sebagai penyanyi di pentas Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 28 Oktober depan, lapor Astro Awani.
Shah Alam sentiasa dekat di hati Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain.
Ini kerana di bandar raya itulah dia dibesarkan dan ibu negeri Selangor itu adalah tanah permai yang sentiasa menawarkan banyak inspirasi buat beliau.
Pada Konsert Ulang Tahun ke-40 (AZ40) yang akan berlangsung selama dua jam, kata Anuar 53 tahun, dia akan menghiburkan peminat setianya dengan lebih 20 rangkaian lagu popularnya.
Anuar turut menyasarkan kehadiran penuh mengikut kapasiti tempat iaitu 6,500 tempat duduk pada konsert AZ40.
AZ40, jelasnya, adalah terjemahan rasa kasih dan sayangnya pada peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong kehadirannya di gelanggang seni tanah air.
Menurut Anuar, pemilihan lokasi tersebut memudahkan peminat untuk hadir menyaksikan konsertnya, seperti dinukil laporan Astro Awani.
"Saya pernah membuat konsert di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Saya ingin kembali ke Stadium Malawati kerana ia memberikan saya nostalgia yang sangat manis. Bagi saya stadium itu sangat praktikal.
"Stadium bentuk empat segi, sangat senang untuk bekerja dari segi mengatur tempat duduk, pencahayaan dan sistem audio. Lebih baik dan bagus jika tempat persembahan berbentuk empat segi.
"Juga kerana stadium ini terletak di Shah Alam yang merupakan tempat saya membesar. Paling penting, sangat senang untuk peminat datang kerana tempat letak kereta sangat banyak dan mencukupi," kata penyanyi lagu Bila Resah dan Keabadian Cinta itu lagi pada sidang media AZ40 di Petaling Jaya pada Rabu (5 Jul).
Tiket untuk menyaksikan konsert AZ40 akan mula dijual jam 10.00 pagi 12 Julai ini pada harga yang bermula dari RM188 (S$55) sehingga RM1,188 (S$345).
Anuar menjelaskan sepanjang konsert berlangsung, kisah mengenai perjalanan kerjayanya akan mengambil sedikit bahagian daripada masa persembahan, menurut Astro Awani.
Selebihnya, tumpuan akan diberikan untuk menghiburkan peminat yang hadir.
Anuar juga enggan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dipersembahkan semasa konsert-konsert sebelum ini.
Bagi Anuar, perkara paling utama yang ingin disajikan kepada peminat ialah sesuatu yang segar dan baru.
Konsert terakhir Anuar sebelum ini ialah persembahan duet bersama kakaknya, Ziana Zain pada 6 Ogos tahun lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.