Sezairi & isteri jadi hos rancangan Good Game Asia; cari bintang baru kandungan permainan
SINGAPURA: Siri realiti baru permainan 'Good Game Asia', yang pertama seumpamanya di dunia, akan dihoskan oleh penyanyi Singapore Idol, Sezairi Sezali dan isteri beliau, yang juga ketua masyarakat permainan dan pencipta kandungan Syaza Tan.
Sezali dan Syaza juga akan bertindak sebagai juri bersama hos ketiga mereka, pencipta rancangan Raiford Cockfield III, yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif platform permainan Yup.gg.
Good Game Asia akan memaparkan 15 pemain baru dan pemain veteran dari seluruh dunia.
Selama lebih sepuluh minggu, para peserta akan bersaing antara satu sama lain dalam "Arena Good Game" dan mengambil bahagian dalam cabaran online dan offline di seluruh Singapura.
Para peserta termasuk Estelle Lim (lebih dikenali sebagai Estelle Fly), Ekanun Loedphonganukun (Maser) daripada Thailand dan Ryan Dingle daripada Australia (PandaTV).
Mereka dipilih berdasarkan "personaliti, jumlah pengikut dan tahap kepakaran dalam permainan" mereka.
Siri itu diharap dapat "mengenal pasti bintang seterusnya yang boleh menyerlahkan kandungan hebat permainan di Asia".
Selain itu, siri terbaru tersebut juga bertujuan untuk mencari tajaan yang berpotensi dan menarik peminat, rakan dan pesaing baru serta kontrak profesional dengan Yup.gg.
Pemenang akan membawa pulang wang tunai dan hadiah bernilai S$200,000.
Episod mingguan siri ini boleh ditonton di saluran Warner TV dan secara langsung di saluran YouTube dan laman web asia.gg.
Jika ini tidak cukup untuk membuat anda teruja dengan siri tersebut, selebriti Korea Ha Dong-hoon, atau Haha daripada siri Running Man, akan menganjurkan pesta tontonan mingguan melalui saluran media sosial milik beliau.
Tayangan perdana Good Game Asia di Singapura adalah hari ini (10 Jun) pada pukul 7.35 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.