Skip to main content

Hiburan

Setelah 11 tahun beraksi, Ariel umum NOAH bakal berehat panjang

Anggaran Waktu Membaca:
Setelah 11 tahun beraksi, Ariel umum NOAH bakal berehat panjang

(Gambar: arielnoah/Instagram)

Diterbitkan : 09 Oct 2023 08:24PM Dikemas Kini : 09 Oct 2023 08:25PM
JAKARTA: Kumpulan rock terkenal dari Indonesia NOAH bakal berehat panjang selepas 11 tahun ditubuhkan dan menghiburkan peminat mereka baik di negara sendiri mahupun Malaysia dan Singapura.

Perkara tersebut diumumkan oleh vokalisnya Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham ketika mengadakan persembahan di Konsert Circus Concerta, lapor Kosmo.

“Kami berharap anda tidak akan pernah bosan dengan NOAH.

"Tapi nanti bermula Disember NOAH akan berehat panjang. Sudah 20 tahun kami asyik menyanyi tanpa rehat,” katanya menurut agensi berita Kompas.

Bagaimanapun sebelum berehat, band yang terkenal dengan lagu bergenre rock alternatif dan pop rock itu akan menutup tahun 2023 dengan rangkaian The Great Journey of Noah di Jakarta pada Disember sekali gus menjadi persembahan terakhir mereka.

“Paling terakhir nanti (konsert) Disember. Jadi bermula Januari 2024 harusnya kita sudah tidak ada konsert lagi.

"Mungkin ada lagi satu kerana sudah terkait (terikat) dengan kontrak,” tambah Ariel, seperti ditukil laporan Kosmo.

Kumpulan itu juga merupakan salah satu daripada artis undangan yang akan ditampilkan di Konsert Galau pada 16 Disember nanti.
Tambah Ariel, sepanjang berehat, mereka akan melakukan pelbagai perkara yang telah dirancang.

Bagaimanapun tidak dinyatakan secara lanjut apa yang akan dilakukan oleh mereka selepas ini, lapor Kosmo.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita