Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Serik ditipu, Awie jual sendiri tiket konsert

Gara-gara serik ditipu tiga kali, penyanyi dan pelakon Malaysia Awie memutus untuk tidak mendapatkan khidmat ejen tiket dalam talian bagi penjualan tiket 'Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface'.

Anggaran Waktu Membaca:
Serik ditipu, Awie jual sendiri tiket konsert

Awie. (Gambar: Awie Official/Instagram)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 11:08PM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 11:10PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara serik ditipu tiga kali, penyanyi dan pelakon Malaysia Awie memutus untuk tidak mendapatkan khidmat ejen tiket dalam talian bagi penjualan tiket 'Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface'.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, sebaliknya membuat keputusan untuk menjual sendiri tiket-tiket bagi konsert tersebut.

Menurut laporan Gempak, Awie mengambil langkah berkenaan kerana mahu mengelak daripada ditipu oleh penjualan tiket dalam talian seperti yang dialaminya sebelum ini.

"Tiket konsert pada kali ini akan dijual secara manual kepada peminat dan kami tidak melantik ejen atau menjualnya dalam talian. Pendekatan ini dilakukan kerana sebelum ini, saya pernah ditipu sebanyak tiga kali oleh ejen dan terpaksa menanggung kerugian selepas pulangan yang diterima tidak sama seperti penonton yang hadir.

"Itu belum lagi dikira dengan penjualan tiket secara haram dan ada juga individu yang meciplak tiket dan menjualnya secara murah berbanding harga asal."

Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface, di PWTC Kuala Lumpur, pada Rabu (13 Mac).

Beliau turut memberitahu Gempak bahawa dengan cara itu, beliau juga dapat mengawal penjualan tiket bagi konsert kali ini.

"Kami akan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku," tambahnya.

Konsert Laksamana Metal 2 Generasi Wings dan Bunkface bakal diadakan pada 4 Mei di Dewan Merdeka, PWTC.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan