Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Serangan angin ahmar punca kematian pelakon AS Betty White

Serangan angin ahmar disahkan menjadi punca kematian pelakon Betty White pada malam Tahun Baru yang lalu, menurut salinan sijil kematiannya yang disiarkan online oleh portal TMZ.com pada Isnin (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan angin ahmar punca kematian pelakon AS Betty White

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2022 07:12PM Dikemas Kini : 11 Jan 2022 10:40PM

LOS ANGELES: Serangan angin ahmar disahkan menjadi punca kematian pelakon Betty White pada malam Tahun Baru yang lalu, menurut salinan sijil kematiannya yang disiarkan online oleh portal TMZ.com pada Isnin (10 Jan).

Sijil tersebut menyatakan punca kematian White sebagai 'cerebrovascular accident', iaitu istilah perubatan untuk angin ahmar atau kehilangan aliran darah ke otak yang disebabkan oleh pembekuan atau saluran darah yang pecah, mengakibatkan kerosakan pada tisu otak.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Awam Los Angeles, White diserang angin ahmar enam hari sebelum kematiannya.

Bagaimanapun, Agensi Kesihatan dan Pejabat Pendaftar Daerah, di mana rekod penting disimpan, enggan mengulas.

"Betty meninggal dunia dalam tidurnya dengan tenang tanpa rasa sakit. Hal ini (meninggal dunia dengan tenang) sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya, sebagai rakannya," kata ejen White, Jeff Witjas.

TMZ, memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan bahawa White masih sedar sebelum meninggal dunia semasa tidur di rumahnya.

White, yang popular menerusi sitkom televisyen The Golden Girls dan The Mary Tyler Moore Show, meninggal dunia pada 31 Disember lalu, kurang tiga minggu sebelum ulang tahunnya yang ke-100.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa