Seniwati Noor Azizah meninggal dunia pada usia 79 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

Seniwati Noor Azizah meninggal dunia 7 Apr 2025. (Gambar: Facebook/Koleksi FOTO ORANG FILEM)
KUALA LUMPUR: Industri perfileman Malaysia kehilangan seorang lagi pelakon veteran yang disegani ramai, Noor Azizah Azizul Hassan, yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi (7 Apr).
Astro AWANI difahamkan pelakon yang berusia 79 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh pada sekitar pukul 3.00 pagi.
Menurut wartawan hiburan veteran, Muzlina Abu Bakar, berita pemergian pelakon veteran itu disahkan oleh anak Allahyarhamah Noor Azizah iaitu Khairena kepadanya.
Cik Muzlina yang juga rakan karib Allahyarhamah memberitahu, seniwati itu meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.
Sepanjang kerjaya lakonanya, Allahyarhamah Noor Azizah pernah membintangi filem 'Enam Jahanam' arahan P Ramlee yang sekali gus memasyhurkan nama beliau dalam gelanggang perfileman.
'Enam Jahanam' diterbitkan pada sekitar 1969.
Penglibatan Allahyarhamah dalam dunia perfileman berlaku secara kebetulan ketika beliau melawat Studio Jalan Ampas di Singapura.
Semasa kunjungan itu, kejelitaan Allahyarhamah mendapat perhatian seniman Allahyarham Ahmad Mahmud yang menawarkannya membintangi filem ‘Dayang Senandong ‘ pada tahun 1965 sebagai pelakon tambahan.
Allahyarhamah Noor Azizah juga pernah ditawar berlakon dalam filem terbitan negara jiran, Indonesia sebagai pelakon utama dalam filem ‘Malin Kundang’ pada tahun 1971 bersama pelakon negara itu, Rano Karno.
Bahkan, Allahyarhamah juga pernah memegang watak Doktor Susan Lim dalam produksi drama Australia bersiri terkenal, iaitu ”Bailey Bird’ pada 1977.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.