Seniwati legenda Rosnani Jamil harap autobiografi versi Inggeris beri inspirasi kepada lebih ramai pembaca
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seniwati legenda, Rosnani Jamil, 88 tahun, berharap buku autobiografi berkisar perjalanannya sebagai anak seni dalam versi bahasa Inggeris dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang.
Rosnani atau mesra dengan panggilan Mak Nani menyifatkan buku 'From Sungai Geringging to the City of London: An Intimate Portrait of a Movie Star' itu mempunyai nilai tersendiri yang mampu memberi gambaran menyeluruh mengenai liku dilaluinya sebagai anak seni sejak berhijrah dari Indonesia, menurut BH Online.
Rosnani berkata, idea menerbitkan buku berkenaan dalam versi bahasa Inggeris dicetuskan oleh seorang warga Malaysia yang menetap di Washington DC, Amerika Syarikat, iaitu Mariam Ash'ari Becker yang turut bertindak sebagai penterjemah.
"Memang tujuannya memberi peluang kepada lebih ramai orang daripada berbilang bangsa untuk membaca buku ini.
"Bila buka dalam versi bahasa Melayu dilancarkan lima tahun lalu, ada kawan berbangsa Cina atau mempunyai keluarga Inggeris tidak tahu secara menyeluruh apa yang diceritakan dalam buku.
"Secara kebetulan, Mariam baca buku ini dan suka dengan apa yang diceritakan. Ketika menterjemahkan buku ini, Mariam menangis lalu menghubungi saya.
"Ketika itulah Mariam minta izin untuk terjemahkan buku ini dalam bahasa Inggeris, jadi sudah tentu saya setuju," katanya ditemui pada majlis pelancaran buku 'From Sungai Geringging to the City of London: An Intimate Portrait of a Movie Star' di Auditorium Raja Tun Uda, Shah Alam, baru-baru ini.
Seniwati kelahiran Sungai Geringging, Padang, Indonesia itu berkata, buat masa ini, sebanyak 500 naskhah diterbitkan dan akan meneruskan dengan cetakan kedua, tidak lama lagi.
"Selepas selesai proses penterjemahan, Mariam beritahu mesti cetak versi bahasa Inggeris ini. Bayangkan, untuk cetak buku bukan murah.
"Tapi, Mariam korbankan apa sahaja untuk merealisasikan buku ini dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya dan Mariam bertemu dan kumpulkan pasukan.
"Alhamdulillah, terjadilah penerbitan buku ini dalam versi bahasa Inggeris. Sekarang, kami terbitkan 500 naskhah, tapi nampaknya kena buat cetakan kedua," katanya kepada BH Online.
Rosnani yang muncul buat kali pertama di layar perak menerusi filem Lupa Daratan pada 1952 berkata, pencapaian diraihnya sejak awal pembabitan sebagai anak seni hingga berjaya menerbitkan buku autobiografi bukanlah mudah.
"Saya sangat gembira. Bukan hendak cakap besar, tapi artis dalam industri seni sejak era 1950-an sampai sekarang, saya antara yang menceburi pelbagai bidang selain lakonan seperti mengarah dan menerbitkan filem.
"Saya juga sambung pengajian ke luar negara terbitkan buku dan sekarang ada dalam versi bahasa Inggeris.
"Pencapaian ini bukannya mudah. Kita memerlukan sokongan daripada kenalan terdekat yang memang suka dengan apa saya buat.
"Mereka juga percaya saya mampu, jadi apa sahaja kejayaan saya kecapi dalam yang diceburi adalah berkat kawan-kawan dan keluarga," kata Rosnani yang pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London pada 1970 selama dua tahun.
Bintang filem klasik yang sudah enam dekad menceburi dunia seni sebelum mengumumkan persaraan pada 2016 itu bersyukur dikelilingi rakan yang setia membantu hingga sekarang.
"Bangsa asing, mereka tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam dunia filem Melayu. Kalau mereka banyak baca buku mengenai perfileman kita, pasti akan lebih baik.
"Tapi, pastikan apa yang disampaikan betul. Sebenarnya, kami bukanlah mahir dalam percetakan, tapi disebabkan bantuan satu pasukan akhirnya dapat direalisasikan.
"Saya sudah tua, selagi boleh bergerak dan ada bantuan kawan-kawan, tiada apa yang mustahil," katanya kepada BH Online.
Majlis pelancaran autobiografi Rosnani versi bahasa Inggeris disempurnakan oleh Pengasas dan Pengerusi Yayasan Budi Malaysia Dr Rais Yatim.
Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Muhammad.
Buku 'From Sungai Geringging to the City of London: An Intimate Portrait of a Movie Star' diterbitkan sebanyak 500 naskhah dan dijual menerusi platform dalam talian dengan harga RM150 (S$45).
Awal dari itu, buku autobiografi Rosnani dalam versi bahasa Melayu berjudul 'Dari Sungai Geringging ke Kota London' diterbitkan sebanyak lebih 1,000 naskhah pada 2019.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.