Seniwati legenda Maria Menado meninggal dunia pada usia 94 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Seniwati legenda Maria Menado. (Gambar: Petikan skrin YouTube/FINAS Malaysia)
KUALA LUMPUR: Dunia seni tanah air kehilangan sebutir lagi bintang apabila seniwati legenda, Maria Menado, meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari pada Khamis (30 Apr) pada usia 94 tahun.
Almarhumah menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di sisi ahli keluarga di sebuah pusat perubatan swasta, lapor Astro Awani.
Mengesahkan berita itu, menantu Almarhumah Sairul Amar Ayob berkata, ibu mertuanya sebelum ini dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu.
"Almarhumah Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang," kata Sairul kepada Astro Awani ketika dihubungi.
Menurut Sairul juga, buat masa ini, jenazah Almarhumah Maria masih di hospital dan akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi peluang kepada kaum keluarga dan sahabat serta kenalan memberi penghormatan terakhir.
Kata Sairul juga, selepas penghormatan terakhir, jenazah Almarhumah ibu mertuanya akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab Bukit Damansara untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Dilahirkan dengan nama asal Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932 di Minahasa, Sulawesi Utara, Almarhumah merupakan antara bintang filem Melayu paling berpengaruh pada era kegemilangan perfileman Melayu sekitar tahun 1950-an hingga awal 1960-an.
Almarhumah mula menempa nama dalam industri perfileman selepas berhijrah ke Singapura dan menyertai Malay Film Productions serta Cathay-Keris Film Productions, sebelum muncul sebagai salah seorang pelakon wanita utama pada zaman tersebut.
Nama Maria Menado melonjak ke puncak populariti menerusi lakonannya sebagai watak utama dalam filem Pontianak (1957), yang dianggap sebagai antara filem seram Melayu terawal, sekali gus menjadikan beliau ikon awal genre tersebut.
Peranan berkenaan mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon wanita yang berpengaruh dalam sejarah perfileman tempatan.
Pada kemuncak kerjayanya, Almarhumah turut menerima pengiktirafan antarabangsa, antaranya gelaran “Wanita Terjelita Malaya” oleh Times Magazine serta “Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara” oleh agensi berita United Press International.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.