Selepas setahun bergelar Muslim, Michael Ang buat pengakuan
Siapa sangka, pengarah terkenal seberang tambak, Michael Ang sudah bergelar mualaf.
Michael Ang. (Gambar: michaelang38/Instagram)
KUALA LUMPUR: Siapa sangka, pengarah terkenal seberang tambak, Michael Ang sudah bergelar mualaf.
Beliau mendedahkan sudah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu di Instagram peribadinya hari ini (30 Apr).
Berita gembira itu rata-rata disambut penuh kesyukuran oleh peminat dan juga netizen.
'Assalammualaikum. Saya budak baru, kalau ada salah tolong tegur. Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ini dah lebih dari setahun," kata Michael dalam Instagramnya itu.
Menurut Michael, beliau masih menggunakan nama Michael Ang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.