Selepas kejayaan 'Swipe', Alyph lancar lagu baru 'Check'
Anggaran Waktu Membaca:
ALYPH. (Gambar fail: Mediacorp)
KUALA LUMPUR: Selepas mencetuskan fenomena dengan single 'Swipe' yang mencatatkan hampir tiga juta tontonan di YouTube, penyanyi kelahiran Singapura, Alyph, tampil dengan karya baru berjudul 'Check' ciptaan sendiri.
Single 'Check' sudah dilancarkan di semua platform digital syarikat rakaman, Def Jam SouthEast Asia, sejak 10 Februari lalu.
Alyph atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdullah, 33 tahun, berkata single 'Check' mahu memberi kesedaran kepada pendengar supaya sentiasa membuat penilaian terhadap diri sendiri.
"Check adalah lagu yang diharapkan dapat mengingatkan orang ramai untuk sentiasa 'check' atau memastikan diri dalam keadaan baik.
"Untuk melaksanakan sesuatu itu bukanlah dengan menetapkan segala-galanya dalam kepala sendiri. Sebaliknya, anda juga harus memastikan persekitaran, tenaga dan orang di sekeliling sama searah serta sependapat," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.
Penyanyi yang sudah menceburi bidang muzik seawal usia 17 tahun itu berkata lagu 'Check' membawa banyak pesanan bijaksana dan penilaian yang datang bersama pengalaman sejak berkarya.
Menurut laporan BH Online, Alyph berharap single 'Check' dapat meneruskan rentak kecemerlangan sejak menceburi dunia muzik.
"Sekarang saya hanya bekerja keras untuk menyiapkan sebanyak mana lagu yang sempat dengan setiap peluang yang ada. Saya anggap 2023 adalah tahun terbaik untuk memperluaskan fenomena yang sudah dicipta melalui Swipe.
"Ada album yang sedang disiapkan. Ini adalah album yang menampilkan lagu mudah dinikmati, namun setiap dendangan ada maksud mendalam mengenai erti kehidupan.
"Untuk menghasilkan karya muzik yang berterusan, ia memerlukan kerja yang banyak. Usaha ini harus dilaksanakan dengan fikiran tenang dan tenaga yang wajar.
"Kejayaan Swipe hanya sekadar suatu pengesahan, namun kerja tetap bersambung. Kadangkala ia membantu saya untuk tahu bahawa saya sedang melakukan sesuatu yang betul," katanya, lapor BH Online.
Sebelum ini, lagu Swipe meraih 2.8 juta tontonan di YouTube dan 1.6 juta strim di Spotify selepas sebulan dilancarkan. Swipe turut meraih perhatian di aplikasi TikTok dengan 1.7 juta video menggunakan lagu berkenaan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.