Skip to main content

Hiburan

Selepas 16 tahun, filem Duyung kembali; pelakon asli kembali main watak

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas 16 tahun, filem Duyung kembali; pelakon asli kembali main watak

(Gambar: yasminhani, KRU Studios/Instagram)

KUALA LUMPUR: Sekuel bagi filem Malaysia yang bergenre fantasi-komedi, 'Duyung', akan kembali ke pawagam pada 2025 - 17 tahun selepas tayangan filem pertamanya. Dalam sidang media yang diadakan pada Selasa (3 Sep), pengarah filem Abdul Razak Mohaideen dan syarikat pengeluaran KRU Studios mendedahkan barisan pelakon bagi filem yang berjudul 'Duyung: Legenda Aurora'. Ia termasuk bintang-bintang filem pertama, Saiful Apek, Maya Karin, Yasmin Hani dan Yassin Yahya.

Mereka disertai bintang baharu Anna Jobling, yang akan memainkan watak sebagai anak kepada watak yang dimainkan oleh Maya Karin.

Filem pertama Duyung dikeluarkan pada 2008 dan menceritakan kisah seorang lelaki yang dipinggirkan penduduk kampung bernama Jimmy (Saiful Apek), yang mendekati duyung bernama Puteri (Maya Karin) dan kisah-kisah lucu yang dilalui mereka. Ia meraih lebih RM4.6 juta (S$1.38 juta) di Malaysia, dan memenangi anugerah khas di Pesta Filem Malaysia 2008.

Menurut pengarah Abdul Razak Mohaideen, filem Duyung Legenda Aurora akan dirakamkan di 22 lokasi, termasuk Langkawi, Putrajaya dan Lembah Klang. Penggambaran dijangka bermula 13 September hingga 13 Oktober, dan filem itu dikeluarkan pada suku ketiga 2025.

Dalam sidang media tersebut, Saiful Apek turut mendedahkan bahawa Maya Karin hampir lemas dalam penggambaran filem pertama Duyung.

"Maya sepatutnya timbul di satu tempat, tetapi bila mereka tunggu, Maya tidak naik... Dia pula masa itu, dia pakai rambut palsu. Bila pakai rambut palsu, ada banyak pin. Jadi sebenarnya pin-pin itu sudah banyak yang tersangkut dekat bawah jaring itu."

Saiful mengatakan bahawa beliau ternampak Maya dalam keadaan cemas dan sedang menelan air laut. Oleh itu, beliau terus berenang ke arah Maya dan menolak badannya ke udara.

"Bila saya tolak dia naik betul-betul, boleh dengar dia menjerit, satu kampung boleh dengar dia menjerit.

"Selepas itu mereka (kru) 'wrap' terus, maknanya babak itu sudah tiada. Kita gunakan rakaman yang ada," tambah pelakon itu.

Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita