Selebriti Malaysia Hero Tai mohon maaf kerana kritik SG dalam rancangan Taiwan 'Student'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram/herotai_official
KUALA LUMPUR: Selebriti warga Malaysia memohon maaf atas komen yang dibuatnya mengenai Singapura dalam sebuah episod rancangan hiburan Taiwan berjudul 'Student'.
Berucap kepada agensi berita tempatan The New Paper, Tai mendakwa bahawa pasukan di sebalik rancangan 'Student' ingin kedua-dua tetamu warga Singapura dan warga Malaysia dalam rancangan itu untuk saling bertikam lidah.
Pelakon dan pengacara berusia 37 tahun itu berkata: "Seluruh episod itu adalah mengenai dua kumpulan yang 'menyerang' satu sama lain semata-mata untuk tujuan hiburan."
"Nampaknya saya seolah-olah sangat tidak berpuas hati dengan Singapura, tetapi ia sebenarnya hanya satu persembahan semata-mata untuk disesuaikan dengan program hiburan itu," jelasnya.
Dalam episod itu, Tai dilihat melekatkan papan tanda dengan kata-kata "tiada budaya", "tiada tempat daya tarikan" dan "sangat membosankan" pada penyanyi Singapura, Huang Jinglun. "Singapura 'mencuri' nasi ayam Hainan, bak kut, char kway teow dan kuih Nyonya dari Malaysia," kata Tai.
Beliau kemudian berkata tiada siapa pun yang akan tinggal lebih lama daripada tiga hari di Singapura dan daya tarikan di kota Singa, seperti 'Rain Votex' di Jewel dan Taman di Pesisiran, adalah "buatan manusia".
Tai ditempelak ramai di wadah online dengan sesetengah mendakwa beliau "mempunyai kompleks rendah diri", manakala yang lain menganggapnya hanya "mencari perhatian" semata-mata.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.