Selain penyampai radio, Khairy Jamaludin jadi peragawan pula
Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Selepas menjadi penyampai radio di syarikat radio Malaysia, HotFM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai KJ, kini menjadi peragawan untuk produk minuman.
Mantan Menteri Kesihatan Malaysia itu juga dilihat menjadi peragawan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka, sehingga menarik perhatian ramai netizen di media sosial.
Bukan itu sahaja, sebelum ini, tular sebuah video yang dikongsikan di akaun Instagram milik Khairy sendiri, yang menyaksikan beliau melakonkan watak sebagai penghantar makanan bagi mempromosikan iklan perniagaan restoran, lapor Sinar Harian.
Selain menjadi penyampai radio di HotFM, mantan Ketua Pemuda UMNO itu juga turut terlibat mengendalikan segmen podcast bersama mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Khairy sebelum ini berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Rembau sebelum tewas kepada R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) dalam persaingan merebut kerusi Parlimen Sungai Buluh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Selain menerajui Kementerian Kesihatan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.