Skip to main content

Hiburan

Sekolah Menengah K-pop akan dibuka di Busan pada 2028

Sebuah sekolah menengah yang khusus dalam mendidik pelajar mengenai K-pop dan persembahan berkaitan akan dibuka di Busan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Sekolah Menengah K-pop akan dibuka di Busan pada 2028

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 07 Jan 2024 02:42PM
SEOUL: Sebuah sekolah menengah yang khusus dalam mendidik pelajar mengenai K-pop dan persembahan berkaitan akan dibuka di Busan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa pendidikan tempatan pada Ahad (7 Jan).

Pejabat Pendidikan Bandaraya Metropolitan Busan menyatakan sebuah sekolah menengah yang bakal ditutup tidak lama lagi akan diubah suai menjadi sekolah menengah awam khusus dan dijadual dibuka pada Mac 2028.

Sekolah yang terletak di Busan, kira-kira 320 kilometer tenggara Seoul itu akan menjadi sekolah awam pertama dengan pengkhususan K-pop.

Pelajar di seluruh negara serta penuntut antarabangsa layak mendaftar di sekolah tersebut dan sekolah itu bakal menyediakan pembelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.

Pembinaan sekolah itu bertujuan menyediakan pembelajaran khusus untuk pelajar sejajar dengan industri K-pop yang semakin berkembang, menurut pejabat itu.

Di Korea Selatan, agensi hiburan utama mengendalikan sistem latihan idola K-pop yang terkenal dengan kem latihan dan proses sistematik yang ketat untuk kemunculan pertama artis baharu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita