Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sedih atas pemergian suami, Julia kongsi pesanan terakhir Saleem

Julia Bachok akui sebak dan tidak menyangka bahawa suaminya, Allahyarham Saleem, akan pergi meninggalkannya dengan masa yang agak pantas.

Anggaran Waktu Membaca:
Sedih atas pemergian suami, Julia kongsi pesanan terakhir Saleem

Vokalis terkenal kugiran Iklim dari Malaysia, Allahyarham Saleem. (Gambar fail: @aku_saleem/Instagram)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 08:40AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 08:45AM

KUALA LUMPUR: Julia Bachok akui sebak dan tidak menyangka bahawa suaminya, Allahyarham Saleem, akan pergi meninggalkannya dengan masa yang agak pantas.

Cik Julia bagaimanapun reda dan berkata, beliau akan sentiasa ingat pesanan terakhir Allahyarham Saleem atau nama sebenarnya, Abdul Saleem Abdul Majeed, kepadanya.

Astro Awani menukil Cik Julia sebagai berkata: "Sebelum ini di hospital, dia sentiasa senyum. Malah, menunjukkan isyarat bagus seolah-olah mahu memberitahu kepada semua dirinya dalam keadaan baik.

"Masa dibenarkan pulang, dia beritahu teringin sangat nak jejak rumahnya.

"Namun sebelum keadaan kesihatannya bertambah teruk dan sukar untuk bercakap, dia ada pesan kepada saya supaya menjaga anak-anak.

Cik Julia mengongsi bahawa Allahyarham, vokalis terkenal kugiran Iklim dari Malaysia, sempat memberitahu hajatnya untuk membuat konsert jelajah di Indonesia kerana terdapat ramai peminatnya di sana yang menantikannya.

"Tapi dia pergi terlalu awal, tidak sempat untuk semua itu," kata beliau kepada HLive!, seperti yang dipetik oleh Astro Awani.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ketika dalam keadaan koma pada pukul 6.15 pagi Ahad lalu (14 Okt).

Anaknya, Syafiq Farhain, yang juga bintang BigStage, berkata kehilangan bapanya itu tiada ganti.

“Kehilangannya itu tiada ganti dan saya yakin, meskipun sudah tiada, karyanya akan terus hidup dan subur di hati ramai,” kata beliau.

Allahyarham sebelum ini terlibat dalam satu nahas jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tulang rusuknya patah serta meletakkan beliau dalam keadaan koma, lapor Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan