Skip to main content

Hiburan

Sebutan kes Yasin ditangguh 6 Julai disebabkan laporan psikiatri belum siap

Anggaran Waktu Membaca:
Sebutan kes Yasin ditangguh 6 Julai disebabkan laporan psikiatri belum siap

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 22 Jun 2023 01:39PM Dikemas Kini : 22 Jun 2023 01:41PM
PETALING JAYA: Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, yang berdepan tuduhan kes dadah masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, berikutan laporan psikiatrinya belum siap.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin, ketika sebutan kes berkenaan pada Khamis (22 Jun) berkata atas sebab itu, pihaknya memohon satu lagi tarikh sebutan kes untuk perkembangan laporan berkenaan.


"Hari ini sebutan bagi laporan psikiatri. Bagaimanapun dimaklumkan laporan itu belum sedia dan peguam Yasin ambil maklum mengenai perkara ini.

"Tertuduh tidak dibawa ke mahkamah dan masih berada di Hospital Bahagia. Justeru pendakwaan memohon satu lagi tarikh sebutan," katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nik Nasimah Nik Mohammad, dipetik daripada BH Online.

Pada 8 Mei lalu, mahkamah memerintahkan penyanyi nasyid itu dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk diperiksa tahap kesihatan mentalnya.

Pada 31 Mac lalu, Muhammad Yasin, 48 tahun, yang terkenal melalui lagu 'Mimpi Laila' berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu.

Menurut laporan BH Online,penyanyi itu juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Sementara itu, Ariff Azami mengesahkan mengenai status laporan berkenaan.

"Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah dan ia masih dalam proses disiapkan hospital.

"Mengikut undang-undang, hospital ada masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan," katanya, dipetik daripada BH Online.

Hakim menetapkan 6 Julai untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan psikiatri penyanyi itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita