Sebutan kes permohonan cerai Fazura terhadap Fattah Amin tangguh 7 Oktober
Gambar: missfazura, fattahaminz/Instagram
PETALING: Sebutan kes permohonan cerai pelakon Nur Fazura Sharifuddin terhadap suaminya, pelakon Fattah Amin ditangguhkan ke 7 Oktober depan.
Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata penangguhan itu bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
“Baru dapat cadangan, tak boleh baca dan belum sedia untuk berbincang dalam masa yang singkat. Kita tak boleh nak teruskan pada hari ini.
“Bukan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada pagi ini, kita boleh selesaikan dengan cara baik tanpa perlu JKP.
“Cadangan itu tidak boleh dikongsi, kalau JKP Mahkamah sudah boleh teruskan tadi. Kita akan cuba selesai cara baik tanpa perlu proses JKP,” katanya, lapor Astro Awani.
Encik Fakhrul berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada pagi Rabu.
Jelasnya lagi, butiran cadangan tidak boleh didedahkan secara terperinci.
“Tarikh 7 Oktober kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan dengan apa yang patut.
“Perbincangan itu untuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan sama ada bercerai atau sebaliknya,” katanya, dipetik daripada Astro Awani.
Pasangan pelakon terkenal tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Rabu pagi (25 Sep) bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu, menurut Astro Awani.
Fazura, yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan bersama empat pengawal peribadi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.