Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

'Sebenarnya saya bukan lupa lirik' - Zamani jelas sebab terkial-kial dalam persembahan

Dalam persembahan pusingan pertama peringkat separuh akhir peraduan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad (11Nov), penyanyi Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry KRU.

Anggaran Waktu Membaca:
'Sebenarnya saya bukan lupa lirik' - Zamani jelas sebab terkial-kial dalam persembahan

Zamani. (Gambar: zamanislam_official)

Diterbitkan : 12 Nov 2018 11:24AM Dikemas Kini : 12 Nov 2018 11:50AM

MALAYSIA: Dalam persembahan pusingan pertama peringkat separuh akhir peraduan Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad (11Nov), penyanyi Zamani dilihat mengalami masalah untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu, nyanyian asal Yusry KRU.

Mujur, nasib menyebelahinya kerana beliau tetap berjaya mara ke peringkat akhir, lapor Astro Gempak.

Menurut penyanyi itu, beliau tidak terlupa lirik lagu Dekat Padamu tetapi sebaliknya, beliau gagal mendengar alat pendengaran atau ‘earpiece’ ketika hendak menyanyi lagu tersebut.

Zamani mendedahkan bahawa disebabkan itu, beliau tidak tahu bila untuk menyanyi kerana tidak boleh mendengar apa-apa, lapor Astro Gempak lagi.

Buat masa ini, beliau sedang menunggu kesudahan penilaian konsert tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak dan menganggapnya sebagai kesilapannya sendiri.

Menurut Astro Gempak, lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir ialah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain.

Manakala perjalanan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen terhenti apabila diumumkan bintang yang gagal ke peringkat akhir. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan