Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Satu halaman komik Spider-Man dijual pada harga rekod AS$3.36 juta

Satu halaman karya seni asli dari komik Marvel tahun 1984 yang menampilkan adiwira Spider-Man dijual pada harga rekod AS$3.36 juta (S$4.5 juta) di Amerika Syarikat pada Khamis (13 Jan), menjadikan adiwira itu terhebat di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Satu halaman komik Spider-Man dijual pada harga rekod AS$3.36 juta

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 15 Jan 2022 09:18AM Dikemas Kini : 15 Jan 2022 09:18AM

LOS ANGELES: Satu halaman karya seni asli dari komik Marvel tahun 1984 yang menampilkan adiwira Spider-Man dijual pada harga rekod AS$3.36 juta (S$4.5 juta) di Amerika Syarikat pada Khamis (13 Jan), menjadikan adiwira itu terhebat di dunia.

Karya Mike Zeck bagi halaman 25 dalam buku komik Marvel Secret Wars No. 8 itu memaparkan penampilan pertama baju hitam 'symbiote' Spider-Man yang kemudian menghadirkan kemunculan watak 'Venom'.

"Halaman ini merupakan pendedahan besar yang disebut-sebutkan pada muka depan komik ini! Inilah sebenarnya di mana Peter Parker mendapatkan kostum baru berwarna hitam," menurut Heritage Auctions menerangkan karya seni pada halaman 25 komik tersebut.

"Namun... ia adalah kostum dengan rahsianya tersendiri! Kerana ia kemudian terbukti bernyawa dan mempunyai agendanya tersendiri. Inilah asalnya watak Venom!"

Harga tawaran bermula pada AS$330,000 (S$444,765).

Harga rekod sebelum ini dicatatkan bagi satu halaman karya seni dalam sebuah buku komik Amerika Syarikat yang memaparkan imej pertama Wolverine dalam bulu "The Incredible Hulk" terbitan tahun 1974. Halaman itu dijual pada harga AS$657,250 (S$885,825).

Pada hari pertama acara lelongan yang sama, salinan buku 'Action Comics no. 1' edisi tahun 1938, di mana adiwira Superman membuat penampilan kali pertama, dijual pada harga AS$3.18 juta (S$4.2 juta), menjadikannya salah satu buku paling mahal yang pernah dilelong selama ini.

Sumber : AP/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa