Skip to main content

Hiburan

Sarimah kecewa tersebar berita palsu beliau terlantar sakit

Meraikan ulang tahun kelahiran pada tanggal 28 April, setiap tahun, bintang legenda, Sarimah Ahmad mempunyai cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarimah kecewa tersebar berita palsu beliau terlantar sakit
Seniwati Sarimah Ahmad. (Gambar fail: Freda Hassan)
Diterbitkan : 30 Apr 2022 10:30AM Dikemas Kini : 30 Apr 2022 10:31AM

SUBANG JAYA: Meraikan ulang tahun kelahiran pada tanggal 28 April, setiap tahun, bintang legenda, Sarimah Ahmad mempunyai cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.

Menurutnya,beliau akan memastikan dirinya khatam al-Quran yang sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali tarikh istimewa bakal menjelma, lapor BH Online.

"Rutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.

"Saya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.

"Tahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.

"Saya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri," katanya kepada BH Online.

Meraikan ulang tahun ke-80 pada 28 April lalu, pemegang watak Marjina dalam filem klasik, Ali Baba Bujang Lapuk itu meluahkan perasaan kecewa apabila ada pihak menyebarkan berita palsu kononnya kini terlantar sakit.

Beliau berkata, meskipun keadaan kesihatannya bagaikan laut, ada pasang dan surut, namun, ia tidaklah tahap kritikal seperti digembar-gemburkan, kongsinya kepada BH Online.

"Saya dapat tahu mengenai berita ini apabila ada bertanya benarkah saya terlantar sakit. Sejujurnya, adalah juga perasaan kecewa apabila dimaklumkan mengenai berita palsu yang tersebar.

"Namun, apabila difikirkan semula, tak perlulah nak simpan perasaan apa-apa. Orang boleh kata apa sahaja. Doakan sahaja semoga saya dikurniakan kesihatan baik," kata pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia Kedua menerusi filem Dia Ibuku ini.

Terdahulu, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim di kediaman anaknya, di Subang Jaya, pada Jumaat (29 Apr).

Pada pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu, selain bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan, Dr Md Nasir turut 'melamarnya' untuk terbabit dalam projek Dokumentari Bintang Nostalgia yang kini sedang dalam pembikinan.

Sumber : Agensi berita/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita