Skip to main content

Hiburan

Samuel L Jackson berang dengan kesilapan poster Spider-Man di S'pura

Samuel L Jackson sememangnya mempunyai penglihatan yang begitu tajam. Pelakon yang memainkan watak Nick Fury bagi siri filem Marvel mengesan satu kesilapan pada salah satu poster bagi filem 'Spider-Man: Far From Home' dan dengan pantas menghebohkan kesilapan itu menerusi media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Samuel L Jackson berang dengan kesilapan poster Spider-Man di S'pura

Poster 'Spider-Man: Far From Home' yang dipasang di sebuah stesen MRT Singapura. (Gambar: TheBois24/Reddit)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 11:51PM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 11:57PM

SINGAPURA: Samuel L Jackson sememangnya mempunyai penglihatan yang begitu tajam.

Pelakon yang memainkan watak Nick Fury bagi siri filem Marvel mengesan satu kesilapan pada salah satu poster bagi filem 'Spider-Man: Far From Home' dan dengan pantas menghebohkan kesilapan itu menerusi media sosial.

"Uhhhhhhh, apa yang sedang berlaku di sini," kata Jackson dalam catatan Instagramnya yang disertakan gambar dua poster bersebelahan.

Beliau juga membubuh tanda pagar '#headsgonroll' yang lebih kurang membawa erti ada pihak yang akan dipertanggungjawab atas kesilapan itu.

Kedua-dua poster itu, yang kelihatan dipasang di sebuah stesen MRT di Singapura, menunjukkan watak Jackson memakai penutup mata di sebelah mata yang berlainan.

Versi yang betul sebenarnya adalah poster di sebelah kanan, di mana mata kiri watak Fury ditutup.

Dalam komik lama Fury diceritakan cedera pada matanya dalam satu pertempuran. Filem Captain Marvel baru-baru ini yang membintangkan Brie Larson pula mendedahkan kisah sebenarnya: Fury dicakar oleh kucing 'Goose the Cat'. 

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita