'Sambutlah Kasih' Lovehunters dalam konsert Renaissance 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kumpulan Lovehunters kembali mengubat kerinduan para peminatnya dengan sebuah konsert.
Kali terakhir kumpulan legenda itu mementaskan sebuah konsert ialah pada 2011.
Sejak ditubuhkan 38 tahun lalu, Lovehunters sudah menghasilkan 90 lagu dan sembilan album.
Konsert Renaissance anjuran Kami Productions bakal dijayakan Lovehunters pada 13 September 2025 di Teater Mediacorp.
ROK CAMPUR ELEMEN MELAYU TRADISIONAL
Dalam satu sidang media pada Isnin (28 Jul), Lovehunters mengumumkan akan menyanyikan 25 buah lagu di konsert tersebut.
Vokalis kumpulan itu, Yazid Abu Bakar memberi gambaran, "Keistimewaan konsert ini nanti banyak sekali. Kita adakan kemelayuan punya bentuk dalam 'rock'n'roll' punya konsep. Itu yang berlainan untuk saya. Itu pun kerana idea saya sendiri sebenarnya. Saya nak buat benda yang lain daripada yang lain. Saya ni orangnya pelik. Jadi benda-benda yang pelik saya akan adakan."

Konsert kali ini juga menampilkan pemain gitar, Dini Momotaro yang menyertai Lovehunters dalam album Renaissance yang diterbitkan pada 2005.
"Saya rasa sudah tiba masanya untuk kita bergabung dengan Din Momotaro. Jadi masih relevan. Kita akan ada gamelan. Kita ada 'backup' vokal. Saya nak menonjolkan ada segmen kemelayuan. Maksudnya itu benda-benda yang datuk nenek kita adakan dulu. Kemelayuan ini dengan 'rock & roll' saya satukan. Macam-macam cara saya nak buat. Kali ni saya nak menunjukkan apa yang sebenarnya Lovehunters dan kenapa Lovehunters kembali," tambahnya yang semakin mendapat perhatian ramai setelah menyertai Gegar Vaganza 11 tahun lalu.
Pemain dram kumpulan itu, Saharudin Jalil pula berkata, "Saya rasa inilah pertama kali konsert di Singapura menampilkan artis tempatan rock, bermain elemen-elemen tradisional seperti gamelan dan orkestra. Saya rasa tak pernah ada. Jadi ini kali pertama dan kita ambil ini sebagai satu cabaran. Walaupun kita tahu ia tidak mudah dan amat mencabar."
"Nombor dua, saya rasa walaupun nama konsert ini Renaissance - Renaissance itu bererti 'move to the next level for good'. Berdasarkan sejarah maknanya tak ada yang dahulu, tak ada yang sekarang. Dalam konsert kali ini, kita akan main lagu daripada album sulung sampai Renaissance," tambahnya.

Menurut lagi, mereka juga sudah lama impikan untuk mementaskan sebuah konsert dengan muzik orkestra.
"Kami pernah berangan - ingin sangat nak main sama orkestra. Walaupun kita kumpulan rok tapi 'dalam hati ada taman'. Orkestra kan seni halus? Sebab itu kami rekod album Renaissance. Dalam album itu, beberapa lagu kita selitkan elemen orkestra tetapi itu dalam tahun 2005. Kita pun tak terbayang bila kita akan dapat peluang main bersama orkestra. Sekali kuasa Allah, tahun 2025 rupanya," kata Saharudin Jalil.
'ON TAK ON' - LOVEHUNTERS TOUR IN MALAYSIA?
Apabila ditanya tentang ura-ura melakukan 'konsert tour' di rantau ini, Encik Sahar menjelaskan, "Sebenarnya hampir kesemua 'promoters' termasuk Singapura dan Malaysia serta beberapa syarikat telekomunikasi di Malaysia mahu menganjurkan 'Lovehunters Tour in Malaysia' tetapi kita belum beri kata putus. Sebab pertama, kita nak kena periksa diri sendiri sebab faktor usia tetapi benda itu tidak mustahil. Kalau betul-betul kita fokus dan kita yakin kita boleh, kita akan duduk bincang."

Konsert anjuran Kami Productions itu juga bagi mengubati rindu para peminat Lovehunters yang sudah lama menantikan kumpulan rok itu kembali beraksi lagi.
"Kerana sudah terlalu ramai orang tanya. Sahabat-sahabat saya, kadang-kadang ada yang artis Malaysia, saya jumpa di Singapura, 'Bila konsert Lovehunters?" kata Pengarah Kami Productions, Firdaus Abdul Hamid.
Tiket konsert Lovehunters itu boleh didapatkan menerusi laman SISTIC.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.